KEK PISANG

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, July 22, 2020

KOREAN CHEESE BREAD









KOREAN CHEESE BREAD (VIRAL)!
sumber :    FB@Zuita Aisyah




Bahan-Bahan :

Roti bun secukupnya   (guna yang readymade seperti gambar dibawah)


Bahan Sos Garlic :

3  sudu besar  butter atau marjerin
6  ulas  bawang putih   (cincang halus)
1/2  cawan  susu segar
1  biji  telur   (saya guna gred A)
2  sudu besar  madu
Sedikit parsley kering atau mixed herb pun boleh


Cara-Cara :

Cairkan butter atau marjerin dalam periuk dengan menggunakan api yang perlahan sahaja.  Kemudian masukkan semua bahan sos garlic kecuali telur.  Sebelum masukkan telur tutup api terlebih dahulu.  Biarkan sedikit suam, selepas itu masukkan telur baru dikacau bagi sebati...Siap!


Bahan Topping Cheese :

200  gm  cream cheese   (suhu bilik)
1/2  cawan  whipping cream 'dairy'
2  sudu besar  gula


Cara-Cara :

Campurkan semua bahan dan kisar dalam pengisar.  Apabila dah selesai kisar dan sebati, tuangkan ke dalam piping bag.


Cara Menyediakan Roti Korean Garlic Bread :

Roti Bun dibelah 6 tetapi jangan sampai putus.  Kemudian paipkan sos cream cheese di celah-celah belahan roti itu.  Mahu lagi sedap paip la banyak-banyak, melimpah gitu.  Kemudian celupkan atau curahkan sos garlic supaya kena dikeseluruhan bun yang telah di letakkan di dalam dulang pembakar.  Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 160'C (ikut oven masing-masing).
Siap!...untuk dihidangkan.




Tuesday, July 14, 2020

LASAGNA ROTI









RESIPI LASAGNA ROTI MURAH &
TERLAJAK SEDAP
sumber :    FB@Chef Danial Hadi Fans
kredit :    Mimie Ali




Bahan-Bahan :

12  keping  roti sandwich
3  biji  telur
200  ml  susu segar
8  keping  keju cheddar
1  cawan  Mozzarella cheese   (diparut)
1  cekak  daun sup   ~  hiris
1  biji  cili merah   (hiris)
4  sudu besar  sos lada hitam
4  sudu besar  sos tomato
300  gm  daging cincang@kisar
3  ulas  bawang putih   ~  cincang
1  biji  bawang besar   ~  cincang
1  cubit  garam & gula


Cara Penyediaan :

Inti Daging 

1.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2.  Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging empuk.
3.  Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4.  Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.  Masukkan daun sup dan cili merah.
6.  Masak sehingga daging masak dan kering.
7.  Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.


Lasagna Roti

1.  Sapukan keseluruhan loyang (aluminium foil) dengan mentega.
2.  Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3.  Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4.  Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5.  Susun kepingan keju ke atas daging.
6.  Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7.  Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8.  Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9.  Bakar pada suhu 180'C lebih kurang 40 minit (bergantung pada oven masing-masing).

Thursday, July 2, 2020

PUDING ROTI SOS KASTAD










PUDING ROTI SOS KASTAD
sumber :    cookpad.com@RozitaZuitaAisyah




Bahan Puding :

10  keping  roti gardenia
3  cawan  susu segar
4  biji  telur gred A/B
4  sudu besar  gula
1  sudu kecil  esen vanilla 
1/2  cawan  kismis
Sedikit Plantan


Bahan Sos Kastad :

2  cawan  susu segar
2  sudu besar  gula
1  sudu kecil  esen vanilla   (saya tak letak)
2  sudu besar  tepung kastad
2-3  ulas  durian   (saya tambah  ~  ambil isi & lecek dengan garfu)


Cara-Cara :

1.  Potong roti ikut saiz yang kita mahu.

2.  Sapu sedikit Planta pada casserol@loyang.

3.  Susun roti yang sudah dipotong ke dalam casserol.

4.  Campurkan telur ke dalam 3 cawan susu segar tadi, masukkan esen vanilla dan gula, kacau sebati.

5.  Tuangkan ke dalam casserol yang sudah diisi roti tadi, tekan-tekan sedikit dengan spatula bagi sebati susu dan roti.  Taburkan dengan kismis.

6.  Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit@sehingga masak.

7.  Buat sos dia pula :   Masukkan kesemua bahan sos ke dalam periuk kecil dan kacau rata.  Masak di atas api yang sederhana besar, kacau sampai pekat dan tutup api.

8.  Bila Puding Roti tadi dah masak, sejukkan dahulu selepas itu simpan dalam peti sejuk.  Makan sejuk-sejuk lagi nikmat.
SIAP !


Tuesday, June 16, 2020

KARIPAP ROTI









RESIPI KARIPAP ROTI INTI
KENTANG AYAM SEDAP!
sumber :    FB@Resepi Viral Terbaik




Bahan-Bahan :

Roti sandwich 
Telur
Inti karipap   (bawang besar, bawang putih, serbuk kari daging, kentang, ayam)


Cara-Cara :

Sediakan inti karipap.  (Yang ini versi mudah dan senang) :
Rebus kentang sehingga 3/4 masak.  Angkat, toskan dan potong dadu.
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai berbau wangi.
Masukkan isi ayam dan kacau.
Masukkan kentang, serbuk kari daging dan air, kacau sehingga sebati, biarkan sampai pecah minyak.
Bila agak kering, tambahkan sedikit air lagi dan kiub pati ayam (jika guna), kacau sampai kiub pati ayam hancur.
Masukkan gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biarkan sehingga agak kering, tutup api, sejukkan...Siap!

***  Nak tambah daun sup (hiris halus)@ganti ayam dengan sardine dalam tin pun boleh.


Lenyekkan roti sehingga padat dan nipis.
Letakkan roti di atas acuan/alat kelim karipap, (jika ada).
Letakkan inti ditengah-tengah dan lipat roti tersebut menjadi bentuk karipap.
Sapuan atau celup bahagian gigi karipap ke dalam telur (nak celup semua bahagian karipap pun boleh) dan goreng sehingga kuning keemasan.
SIAP !

Monday, June 8, 2020

ROTI GULUNG SOSEJ










RESIPI ROTI GULUNG SOSEJ
sumber :    www.rasa.my@Mas Cotek




Bahan-Bahan :

Roti Sandwich Gardenia
Sosej
Mayones
Sos Cili


Cara-Cara :

1.  Didihkan air dan rebus sosej seketika.  Angkat dan ketepikan.

2.  Ambil roti sandwich dan canai nipis.  Buang bahagian kerak tepi dan potong dua.  Untuk corak roti bergaris, canai menggunakan roller tart nenas.  (tak buat sebab tiada roller tart nenas).  Buat sehingga  habis.  Ketepikan.

3.  Ambil sosej dan belah dua.  Hiris kiri dan kanan sosej menjadi jejari halus.  Pastikan tidak putus ya.

4.  Ambil roti, letakkan sosej dan gulung.  Kemaskan bahagian hujung dengan menyapu sedikit bancuhan telur sebagai gam.  Boleh juga gunakan bancuhan tepung dan sedikit air sebagai gam.

5.  Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan.

6.  Angkat, toskan minyak dan hidangkan bersama mayones serta sos cili.


Saturday, May 9, 2020

TUNA ROLL !








TUNA ROLL RANGUP
sumber :    tiffinbiru@CMG




Bahan-Bahan :

1  tin  ikan tuna   ~  toskan
1  biji  bawang besar saiz sederhana   ~  didadu kecil
2  pokok  kucai  atau  3 helai daun bawang   ~  hiris halus
1 1/2  sudu besar  mayonnaise
Serbuk lada sulah secukupnya
Sedikit jus lemon


Bahan-Bahan Lain :

2  biji  telur   ~  dipukul sedikit dengan 1 sudu besar susu cair dan secubit garam
7-8  keping  roti sandwich Gardenia
Serbuk roti@breadcrumbs warna oren/putih secukupnya
Sos cili + mayonnaise   ~  kacau rata


Cara-Cara :

1.  Untuk Inti :   Satukan semua bahan-bahan untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perahkan sedikit jus lemon dan kacau rata, sesuaikan rasa dan ketepikan.

2.  Untuk Tuna Roll Rangup :   Canai/gelek sedikit roti sandwich tadi hingga leper.  Ambil 1 sudu besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depan/atasnya.

3.  Gulung kemas dan ketepikan.  (Telur tu umpama gam dia).  Buat kaedah sama pada baki bahan-bahan hingga siap.  Kemudian celup dalam telur tadi dan golekkan atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata.  Ketepikan dan buat hingga siap.

4.  Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel.  Kemudian kerat dua dan hidangkan ikut gaya masing-masing bersama sos cili + mayonnaise.
SIAP !




Sunday, April 5, 2020

CUP PIZZA ...








RESIPI CUP PIZZA
sumber :    Insta@resepisedap ...




Bahan-Bahan :

2  biji  telur   (gred A)
3  keping  roti   ~  potong kiub
2  batang  sosej   ~  hiris 
2  sudu besar  butter   ~  cairkan
2  sudu besar  sos spagheti
5  sudu besar  susu cair   (me : guna susu segar jer)
1  sudu besar  mayonis
2  keping  cheddar cheese   (sekeping dipotong 4)
Cheese Mozarella   (optional)
Sedikit Oregano   ~  untuk hiasan atas cheese


Cara-Cara :

Campurkan semua bahan bermula dari 1 - 7 (telur - mayonis), gaulkan dalam mangkuk hingga sebati.
Masukkan ke dalam bekas cupcake/muffin liner.
Letakkan cheese, taburkan sedikit Oregano kering.
Bakar suhu 160'C selama 15-20 minit sehingga cheese mencair (bergantung pada oven masing-masing).




CUCUR ROTI ...









RESIPI CUCUR ROTI
sumber :    FB@mamaqaireen.com




Bahan-Bahan :

5  keping  roti putih   ~  potong dadu kecil-kecil
2  biji  bawang merah   ~  potong dadu kecil-kecil
1  biji  cili merah   ~  potong dadu kecil-kecil
2  biji  telur  (me :  gred A)
2  sudu makan  tepung gandum
2  tangkai  daun sup & daun bawang   ~  hiris halus
Sedikit ikan bilis   ~  ditumbuk
1/2  sudu kecil  serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak


Cara Bancuhan & Masak :

1.  Gaul kesemua bahan hingga sebati.  Masukkan air sedikit demi sedikit.  Jangan terlalu banyak.  Nanti cair tidak sedap pula.

2.  Panaskan minyak masak secukupnya dan buat jemput-jemput bulat.  Goreng dengan api sederhana.

3.  Terbalikkan cucur tersebut dan biarkan seketika.  Selepas itu boleh diangkat dan toskan di atas tisu dapur/paper towel.



Wednesday, March 25, 2020

ROTI SOSEJ GULUNG ...









RESIPI ROTI SOSEJ CHEESE GULUNG
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

1  bungkus  roti keping
1  paket  sosej
1  mangkuk  breadcrumbs   (oren/putih)
1  paket  kepingan cheese
2  biji  telur   
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit.  Angkat dan toskan.

2.  Kacau telur dan masukkan sedikit garam.

3.  Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan penggelek kayu.

4.  Letakkan sekeping kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej.  Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.

5.  Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk breadcrumbs sehingga semua bahagian disalut sekata.

6.  Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan.  Angkat dan sejukkan.  Sedia dihidangkan dengan sos pilihan.

Thursday, December 19, 2019

ROTI MAROKO GORENG DENGAN KAYU MANIS ...








ROTI MAROKO GORENG
DENGAN KAYU MANIS
sumber :    Majalah Sedap 2015/bil 90




Bahan-Bahan :

1  ketul  roti Perancis
1  biji  telur   (me :  gred A)
200  ml  susu cair   (me :  susu segar)
1/4  sudu teh  esen vanilla
50  gm  gula pasir
1  sudu teh  serbuk kayu manis
1/2  sudu teh  serbuk pala
100  gm  mentega   ~  untuk menggoreng


Cara Membuat :

1.  Potong roti menyerong setebal 1 1/2 cm, ketepikan.

2.  Pukul ringan telur hingga rata, masukkan susu cair dan esen vanilla sedikit demi sedikit sambil dikacau rata, ketepikan.

3.  Panaskan mentega, masukkan roti yang telah dicelup ke dalam campuran susu.

4.  Goreng sehingga masak dan kecoklatan.

5.  Kacau rata gula pasir, serbuk kayu manis dan serbuk pala.

6.  Gulingkan roti di atas campuran tadi, hidangkan.


Pesan Sedap!
Supaya kayu manis beraroma lebih tajam, boleh gunakan ketulan kayu manis yang ditumbuk dan diayak.




Monday, October 7, 2019

CHOCOLATE SOFT BUNS ...









CHOCOLATE SOFT BUNS
adapted from :    MamaFami@Spice n Splendour ...




Ingredients :

480  gm  High Protein Flour
50  gm  Milk Powder
20  gm  Cocoa Powder
250  ml  Chilled Water
1/2  tsp  Coffee Emulco
11  gm  Instant Yeast  (Mauripan/Saft)
140   gm  Castor Sugar
100  gm  Margarine  (Planta Margarine)


Topping :

Sliced Almonds
Chocolate Chips
Butterscoth Chips


Method :

1.  Grease all 4 baking tins (6 inch tins) thoroughly.  (I used vegetable shortening).  Keep aside.
2.  Place all ingredients for dough except margarine in a mixing bowl of a stand mixer.
3.  Fasten the dough hook onto the mixer and start kneading.
4.  Once the ingredients have just combined, add in the margarine.  Knead till a soft, elastic and shiny dough is formed.
5.  Remove from the bowl and rest the dough for about 10 minutes.
6.  Divide the dough into a 30 gm balls.  Shape it nicely and arrange in the prepared tins.
7.  Cover the tins and leave the dough to rise till almost double the size.
8.  Mix a bit of milk powder with a bit of water and brush lightly on top of the dough.  Sprinkle with sliced almonds, chocolate chips and butterscoth chips.
9.  Bake in the preheated oven at 170'C for 15 to 20 minutes.  Oven temperature and baking time may vary, depending on your oven.
10.  Once baked, remove from the oven and onto a wire rack to cool.  Serve !!!