KEK PISANG

Wednesday, July 8, 2020

KETAM MASAK LEMAK










RESIPI KETAM MASAK LEMAK
CILI API
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

3  ekor  ketam segar
1  batang  serai   (dititik)
1  helai  daun kunyit   (dicarik-carik)
8  tangkai  kacang panjang dipotong ikut suka   (saya tambah)
2  cawan  santan pekat
1  keping  asam gelugor


Bahan Kisar Halus :

5  biji  cili api
2  biji  cili merah
1/2  biji  bawang besar
1  inci  kunyit hidup
3  biji  bawang merah
3  ulas  bawang putih
Secubit belacan   (tak letak)


Cara Memasak :

1.  Bersihkan ketam dan leraikan bahagian kaki yang bersepit.  Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

2.  Di dalam kuali, gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit kemudian masukkan pati santan.  Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

3.  Kecilkan api dan kacau supaya santan tidak berketul.  Masukkan asam gelugor, kacang panjang, serai dan daun kunyit.

4.  Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih@sehingga kacang panjang lembut sedikit.


TIPS :   Jika ketam betina yang mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit.  Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersept.


HADIAH !



Hadiah/pemberian dari anakanda Arif Zaim, terima kasih...semoga murah rezeki, Aamiin.

KELETAH



Cucu ke-4 dengan keletahnya.  Pantang jumpa camera antik neneknya pasti nak berposing...hehehe

Tuesday, July 7, 2020

KEK MARBLE










KEK MARBLE BANTAL SUSU GEBU
sumber :    FB@Azlina Ina Fans




Bahan-Bahan :

Cairkan marjerin Pelangi & sukat 1 cawan
5  biji  telur   (saya guna gred A)
1  sudu besar  ovalett
1/4  cawan  susu tepung   (50 gm)
1/2  cawan  susu pekat manis   (100 gm)
3/4  cawan  gula halus@gula kastor   (180 gm)
5  sudu besar  susu segar   (30 gm)
2  cawan  tepung self-raising@tepung naik sendiri *  ~  ayak
1  sudu kecil  serbuk vanilla *  (wajib)   ( * satukan )


Cara-Cara :

~   Campurkan kesemua bahan kecuali marjerin cair, mix slow speed 2 minit kemudian tukar pada high speed sampai gebu, kemudian slowkan volume mixer 2-3 saat, masukkan marjerin yang dicairkan tadi dan kacau sebati menggunakan whisk.

~   Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang disukai dan letakkan pewarna ceria-ceria ikut citarasa.

~   Susun sesenduk-sesenduk sampai habis, akhir sekali corakkan ikut kreativiti sendiri.

~   Panaskan oven, guna tingkat/rak bawah sekali.  Masukkan loyang, bakar pada suhu 150'C - 160'C selama 1 jam@sehingga masak.

~   Bila kek dah masak, sisipkan tepi-tepi kek dan terbalikkan atas redai 2-3 minit jer, buka loyang dan keluarkan atas redai biarkan 2-3 jam baru dapat corak atas kek seperti dalam gambar di atas kalau nak buat jualan sebiji, tapi kalau nak potong-potong untuk makan sendiri, tak perlu tunggu lama.
SIAP !


TERUNG GORENG KICAP BERCILI









RESIPI TERUNG GORENG
KICAP BERCILI
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

2  biji  terung panjang saiz sederhana
5-10  biji  cili padi   (hiris halus)   (saya ganti dengan cili merah 1 biji)
3  ulas  bawang putih   (hiris nipis)
1  biji  bawang besar   (hiris nipis)
Kicap manis secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

1.  Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil.  Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.

2.  Panaskan minyak masak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak.  (Jangan sampai lembik).  Goreng berperingkat sehingga selesai.

3.  Kurangkan minyak gorengan tadi dalam anggaran 1 senduk.  Tumis bawang besar dan cili padi/cili merah sehingga naik bau.  Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi.  Masukkan pula kicap manis.  Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.

4.  Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


TIPS :    Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.