KEK PISANG

Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Sunday, August 2, 2020

CEKODOK PISANG


Gambar yang cantik ni, diambil oleh cucu sulung ku@Arfan Naiman berusia 7 tahun menggunakan kamera antik ku...








RESEPI CEKODOK PISANG
sumber :    daridapur.com




Bahan-Bahan :

10  biji  pisang berangan@emas bersaiz sederhana yang masak ranum
1 1/3  cawan  tepung gandum
1/4  cawan  tepung beras
2  sudu besar  gula perang
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  baking soda@soda bikarbonate
1/3  sudu teh  garam halus
Sedikit air,  jika perlu
Minyak masak secukupnya  ~  untuk gorengan


Cara-Cara :

1.  Pisang yang masak ranum dilecek sehingga lumat dengan manual.  Hasilnya akan dapat adunan cair pisang.  Tambahkan semua bahan seperti 2 jenis tepung, garam, gula, baking powder dan baking soda.

2.  Gaul sebati semua dan biarkan adunan cekodok sedang-sedang sahaja.  Tidak perlu tambah air.  Ikut pada kepekatan bancuhan adunan.  Sambil itu panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

3.  Tujuan guna minyak banyak untuk hasilkan cekodok bersaiz cantik bulat-bulat.  Bila minyak dah panas, bolehlah masukkan adunan cekodok menggunakan sudu atau menjemput-jemput dengan hujung jari.  Goreng sehingga keperangan.  Angkat dan toskan.  Sedia dihidangkan bersama kopi o atau teh panas...


Sunday, July 26, 2020

ROTI JALA + KARI AYAM








RESIPI ROTI JALA
sumber :    FB@BIKMM@Zainab Abu Bakar




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  air
1/4  cawan  minyak masak
1  biji  telur gred A
Secubit garam
Pewarna ikut citarasa


Cara-Cara :

Satukan semua bahan, kisar sehingga sebati.
Sedia untuk dimasak (guna pan/kuali non-stick).
Jika guna kuali leper yang masak daging burger tu lenser dengan sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama, yang seterusnya tidak perlu lenser minyak.









KARI AYAM BERSAMA KENTANG





Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   (potong ikut suka, cuci bersih & toskan)
2  biji  kentang   (kupas kulit & belah empat)
3  sudu besar  serbuk rempah kari   (bancuh dengan sedikit air)
2  tangkai  daun kari *
1  inci  halia   (hiris)
3  ulas  bawang merah   (hiris)
3  ulas  bawang putih   (hiris)
1  batang  kulit kayu manis *
3  kuntum  bunga lawang *
2  biji  buah pelaga *
1  sudu kecil  halba *
1  sudu kecil  garam
1  sudu besar  gula
2  sudu besar  cili kisar
200  ml  santan pekat atau santan kotak
700  ml  air
1  senduk  minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dah halia sehingga layu.
2.  Masukkan bahan bertanda(*) dan tumis sehingga wangi.
3.  Masukkan rempah kari dan tumis sekejap.
4.  Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk.
5.  Bila ayam empuk, masukkan air, garam, gula, cili kisar dan masak sehingga mendidih.
6.  Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
7.  Sesuaikan rasa, tutup api.  SIAP !

Monday, July 20, 2020

KUIH BAKAR CEMPEDAK











RESIPI BINGKA CEMPEDAK@
KUIH BAKAR CEMPEDAK
sumber :    resicitarasawan




Bahan-Bahan :

200  gm  isi cempedak
350  ml  air
450  ml  santan kotak KARA
220  gm  gula pasir
200  gm  tepung gandum
30  gm  tepung beras
3  biji  telur gred B
1/4  sudu teh  garam
1/4  sudu teh  pewarna kuning
2  sudu besar  mentega cair


Hiasan :   Isi cempedak secukupnya
Loyang :   8 inci atau acuan kemboja 4 biji   ~  digris dengan mentega cair


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C.

2.  Kisar isi cempedak, gula pasir dan air sehingga hancur.  Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama bahan-bahan yang lain sehingga rata dan tidak berketul.

3.  Panaskan acuan yang digris dengan mentega di atas dapur gas sehingga panas.  Tutup api dan tuangkan 3/4 penuh adunan.  Buka api perlahan dan biarkan sehingga bahagian tepi adunan masak.

4.  Ambil  isi cempedak dan letakkan di tepi dan tengah acuan.  Biarkan seketika.

5.  Angkat dan masukkan acuan ke dalam oven dan bakar di rak tengah selama 35-40 minit sehingga masak dan atasnya keperangan.

6.  Untuk menggaringkan permukaan atas kuih, tukar fungsi oven kepada grill dan bakar selama 5 minit lagi sehingga nampak garing.

7.  Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong dan dihidangkan.


Friday, July 17, 2020

KUIH BAKAR PANDAN









RESIPI KUIH BAKAR PANDAN
sumber :    FB@ Eka Jangok's




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  gula kastor
1  cawan  air pandan
1  cawan  santan
1  cawan  susu cair
3  biji  telur   (saya guna gred A)
Sedikit pewarna hijau   (saya guna pes pandan)
Bijan secukupnya   (sebagai hiasan)


Cara-Cara :

1.  Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.  Blender sehingga sebati.

2.  Sapukan loyang saiz 8 inci atau loyang aluminium foil dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya.  Taburkan bijan secukupnya (jika suka).

3.  Bakar selama 40 minit pada suhu 180'C sehingga masak.  Untuk dapatkan permukaan yang berkerak/garing bolehlah ditambah masa membakar (anggaran 1 jam untuk menghasilkan kerak yang banyak).
SIAP !

Thursday, July 9, 2020

SARDIN GULUNG









RESEPI SARDIN GULUNG
sumber :    hanieliza




Bahan-Bahan :

10  keping  roti sandwic biasa   (lenyekkan jika suka)
3  biji  telur
1  cawan  serbuk roti
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng


Bahan Inti :

1  tin kecil  sardin
2  biji  limau kasturi   (diambil jusnya)
1  biji  cili merah   (dicincang)
1  labu kecil  bawang besar   (dicincang)


Cara Membuat :

1.  Masukkan bahan inti ke dalam kuali dan hancurkan dengan garpu.

2.  Masakkan sehingga agak kering.  Angkat, sejukkan.  Sapukan/letakkan inti di atas roti dan gulungkan.  Gamkan dengan sedikit telur yang dipukul bersama sedikit garam.

3.  Celupkan roti ke dalam telur yang dipukul dengan sedikit garam.

4.  Golekkan gulungan roti di atas serbuk roti.

5.  Gorengkan dalam minyak masak sehingga kuning keemasan. 

6.  Angkat dan toskan.  Hidangkan dengan sos cili.


Thursday, July 2, 2020

BINGKA DURIAN










RESIPI BINGKA DURIAN
( Mariana Zainal )




Bahan-Bahan :

1  cawan  isi durian
1  cawan  santan
1  cawan  susu cair
1/2  cawan  gula
1 1/2  cawan  tepung gandum
3  biji  telur gred A
1  sudu besar  marjerin
Sedikit garam   (secubit dua jer)
Bijan secukupnya
Pewarna kuning lemon,  jika perlu

(Satukan kesemua bahan di atas kecuali bijan, kisar sebati menggunakan blender/pengisar).


Bahan Lain :   1 1/2  sudu besar  marjerin   (untuk lenser loyang)


Cara-Cara :

Panaskan oven 10 minit awal suhu 190'C api atas bawah.
Lenser loyang bersaiz 7 inci dengan marjerin kemudian masukkan loyang yang sudah dilenser ke dalam oven selama 10 minit.
Tuangkan adunan ke dalam loyang, taburkan bijan.
Bakar selama 1 jam@sehingga masak. Bila dah masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.
SIAP !


Wednesday, June 24, 2020

CUCUR UDANG KERING










RESIPI CUCUR UDANG KERING
sumber :   zulfazalovescooking@ZLC




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
2  cawan  air
1  biji  bawang besar
1/4  cawan  udang kering   (rendam sedikit hingga lembut)
Secekak daun kucai   (dihiris kecil)
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Satukan tepung gandum dan kucai ke dalam mangkuk dan kacau rata.  Kisar bawang besar dan udang kering dengan 2 cawan air sehingga lumat.  Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk kecil dan masak sehingga mendidih.  Tutup api.

2.  Kemudian tuangkan 1/3 bahan ini ke dalam mangkuk tepung.  Adun rata.  Tuangkan 1/3 lagi dan adun rata.  Seterusnya tuangkan bakinya dan kacau sebati.  Biarkan sejuk sedikit sebelum ambil adunan dan bentukkan sebesar guli.  Celup tangan dalam air bagi mengelakkan adunan tepung melekat pada tangan.  Susun di atas dulang bebola tadi.  Buat sehingga adunan habis.  Kemudian panaskan minyak masak secukupnya dan goreng sehingga keperangan.  Angkat dan toskan di atas tisu dapur.  Hidangkan bersama sos pilihan.


Thursday, June 18, 2020

ROTI JALA KUAH DURIAN










ROTI JALA KUAH DURIAN
( Cik Dayang Zuhaila )




Bahan Roti Jala :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  susu segar
1  biji  telur   (me : guna gred A)
2  sudu besar  minyak masak
Sedikit pewarna kuning & hijau
Secubit garam


Bahan Kuah Durian Lemak Berkrim :

5-6  ulas  isi durian
1  cawan  air
1/2  kotak  santan
2  sudu besar  whipping cream 'dairy'
Sedikit gula, jika perlu
Secubit garam
Daun pandan


Cara Membuat :

1.  Untuk Roti Jala :    Satukan semua bahan roti jala sehingga sebati dan tapis jika perlu.  Boleh juga di kisar sehingga halus.  Bahagikan kepada dua bahagian dan letakkan pewarna pilihan.  (Saya gandakan resipi).  Kemudian bolehlah mula mengirai roti jala dengan menggunakan acuan muncung tiga.  Kirai ikut citarasa, biarkan sehingga permukaan roti jala kering sedikit, angkat dan gulung atau lipat ikut citarasa.  Tidak perlu diterbalikkan.

2.  Untuk Bahan Kuah Durian Lemak Berkrim :    Satukan semua bahan kuah durian ke dalam periuk.  Kacau sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak.  Jika rasa terlalu pekat, masukkan sedikit air.  Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan Roti Jala.



SERAWA DURIAN + PULUT








RESIPI SERAWA DURIAN + PULUT
sumber :    DapurTanpaSempadan@CMG &
Cik Dayang




Bahan Kuah Durian Lemak Berkrim 
sumber :    cik dayang

5-6  ulas  durian segar
1  cawan  air
1/2  kotak  santan
2  sudu besar  whipping cream 'dairy'
Sedikit gula jika perlu
Secubit garam
Daun pandan


Cara-Cara :

Masukkan kesemua bahan kuah durian ke dalam periuk.  Kacau sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak.  Jika rasa terlalu pekat, masukkan sedikit air.  Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan pulut atau dengan roti.


Bahan Pulut
sumber :   DapurTanpaSempadan@CMG

1  kg  pulut   ~  cuci & rendam selama 1 jam, toskan
700  ml  santan cair
1  sudu kecil  garam atau secukup rasa
1  sudu kecil  minyak masak
1  helai  daun pandan   ~  disimpul


Cara-Cara :

Panaskan kukusan, sediakan loyang berukuran 9 inci.  Letakkan pulut dalam loyang.  Satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuangkan ke dalam loyang berisi pulut, ratakan.  Letakkan daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian gemburkan dan sambung kukus lagi 10 minit atau sehingga pulut betul-betul masak.  Ketepikan.


Cara Menghidang :

Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai.  Tuangkan kuah serawa dan hidangkan.  Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi.







Wednesday, May 27, 2020

KUIH CARA LEMAK MANIS









KUIH CARA LEMAK MANIS
CARA CIK DAYANG




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
3/4  cawan  santan kelapa + 3/4 cawan air   (cukupkan santan + air  =  1 1/2 cawan, nak sedap guna yang fresh)
1  biji  telur   (me :  guna gred A)
3  helai daun pandan   (boleh ganti dengan pandan paste)
Beberapa titik pewarna hijau
Susu pekat manis secukupnya   (sebagai inti, boleh juga guna cheese@nutella)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak


Cara-Cara :

1.  Mula-mula, blend daun pandan dengan santan.
2.  Kemudian tapis dan ambil air dia saja.
3.  Masukkan tepung dan telur, blend lagi sekali sebab tak mau bagi tepung berketul.
4.  Masukkan paste pandan supaya kuih cara jadi hijau cantik.
5.  Panaskan acuan kuih cara.  Sapu minyak masak sedikit pada acuan supaya kuih tak melekat.
6.  Tuangkan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh.  Cedok sedikit susu pekat, bubuh pada setiap adunan kuih.  Jangan bubuh banyak.  (nanti pecah ketika masak).
7.  Tutup dengan penutup periuk.  Biarkan lebih kurang 3-5 minit bagi kuih cara masak.  Guna api perlahan.
8.  Nak tau dah masak ke belum, tengok warna tepung dengan susu dah sekata.
9.  Bila dah masak, cungkil dengan lidi sate untuk keluarkan dari acuan.
Siap !



Wednesday, May 20, 2020

ROTI JALA ROS !








ROTI JALA 
CARA CIK DAYANG




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  susu segar
1  biji  telur   (me :  guna gred A)
2  sudu makan  minyak masak
Sedikit pewarna kuning & hijau
Secubit garam


Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan ke dalam blender kecuali pewarna dan blend sehingga halus.
Asingkan sedikit dan warnakan dengan pewarna hijau.  Selebihnya warnakan dengan pewarna kuning.  Kemudian bolehlah menjalan ikut kreativiti masing-masing.
Cara menjala boleh di lihat melalui You Tube...