KEK PISANG

Showing posts with label Pie/pai. Show all posts
Showing posts with label Pie/pai. Show all posts

Monday, July 29, 2019

SHEPHERD PIE (COTTAGE PIE) ...










SHEPHERD PIE (COTTAGE PIE)
sumber :    buat orang lapo@you tube...




Bahan Kentang Lenyek :

4  biji  kentang saiz sederhana
1  sudu besar  butter
50  gm  keju cheddar  ~  disagat  (me :   tambahan)
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
4-5  sudu besar  susu segar  (boleh tambahkan atau kurangkan)


Bahan Inti :

300  gm  ayam/daging cincang
2  sudu besar  butter
1  biji  bawang besar  ~  didadu
3  ulas  bawang putih  ~  dicincang
1  biji  tomato  ~  didadu
150  gm  tomato puree
Cendawan butang secukupnya  ~  dihiris
Daun ketumbar/bawang/sup secukupnya  ~  dihiris
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano/mixed herbs
Garam


Cara-Cara Membuat Kentang Lenyek :

1.  Kupas kulit kentang, potong kepada beberapa bahagian dan rebus kentang sehingga lembut.  Bila dah lembut, angkat dan toskan.

2.  Lenyekkan kentang semasa masih panas sehingga hancur.

3.  Masukkan butter, parutan keju cheddar (jika guna), lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.  Gaul rata.

4.  Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau rata sehingga mendapat tekstur yang diinginkan (lembut ala-ala kentang lenyek KFC gitu).


Cara-Cara Membuat Inti :

1.  Panaskan butter dalam kuali sehingga cair.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

2.  Masukkan ayam/daging cincang.  Kacau rata sehingga ayam/daging separuh masak.

3.  Masukkan tomato puree.  Tambahkan lada hitam, oregano/mixed herbs dan garam secukup rasa.  Kacau rata.

4.  Masukkan cendawan.  Kacau sebentar.  Kemudian masukkan tomato yang didadu.  Kacau sebentar sehingga tomato sedikit layu.

5.  Akhir sekali masukkan daun ketumbar/bawang/sup dan kacau sehingga rata.  Sesuaikan rasa dan tutup api.


Cara-Cara Penyediaan & Bakar :

1.  Letakkan inti separuh bekas.  Boleh letakkan dalam bekas kecil-kecil atau 1 loyang yang besar.  (8 inci/aluminium foil).

2.  Letakkan kentang lenyek di atas inti tadi sehingga penuh.  Lorek-lorekkan kentang menggunakan garfu.  (Saya taburkan dengan sedikit parutan keju cheddar di atasnya, terpulang pada citarasa masing-masing).

3.  Bakar selama lebih kurang 30 minit pada suhu 180'C atau sehingga permukaan atas nampak keperangan.

4.  Siap!!! untuk dihidangkan panas-panas atau sedap juga dimakan suam-suam/sejuk.

Friday, March 3, 2017

PAI AYAM CENDAWAN...











PAI AYAM CENDAWAN
rujukan  :    Majalah RASA Okt. 2016...




Bahan-Bahan :

200  gm  isi ayam kisar
1  cawan  cendawan butang dalam tin  -  dipotong kecil
1  tin  sup krim cendawan segera
1  biji  bawang besar  -  dicincang kasar
2  ulas  bawang putih  -  dicincang halus
Sedikit daun bawang  -  dihiris halus
1  sudu teh  serbuk lada hitam
1  sudu teh  serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Doh pastri segera secukupnya  (saya guna Puff Pastry segera jenama KAWAN)
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang besar dan juga bawang putih sehingga wangi.

2.  Kemudian masukkan isi ayam kisar.  Kacau sehingga ayam agak masak.

3.  Masukkan cendawan butang, daun bawang dan sup krim cendawan.  Gaul rata.

4.  Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukupnya.  Angkat dan sejukkan seketika.

5.  Canai doh pastri puff dan masukkan ke dalam acuan yang bersesuaian.  Tuangkan inti dengan secukupnya dan tutup permukaan pai dengan lebihan pastri.

6.  Bakar pai dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga pai masak sepenuhnya.

7.  Sedia untuk dihidangkan...

Thursday, December 29, 2016

SHEPHERD'S PIE...

 
 sebelum dibakar...
 selepas dibakar...








SHEPHERD'S PIE
sumber  :     resipicitarasawan...





Bahan-Bahan :

700  gm  ubi kentang  -  dikupas kulit, direbus & di lecek
2  sudu besar  marjerin  -  cairkan
50  gm  parutan keju cheddar
3  sudu besar  susu cair/susu segar
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa


Bahan Inti Daging :

1  labu  bawang besar  -  dicincang
1  sudu besar  marjerin
300  gm  daging cincang
150  gm  sayur campur beku (frozen mixed vegetable)
1  tin  tomato prego ATAU  4 biji tomato segar  (celur, buang kulit & kisar halus)
2  sudu besar  sos tomato
1/2  sudu besar  tepung gandum
1  sudu besar  herba campuran   (mixed herbs)
Garam secukup rasa
Parutan keju cheddar & herba campuran secukupnya untuk taburan


Cara Penyediaan :

1.  Untuk inti :  Panaskan marjerin, tumis bawang besar hingga layu.  Masukkan daging cincang dan masak sehingga berubah warna.  Masukkan tepung gandum, sayur campur, tomato kisar dan sos tomato.  Renehkan sekejap.  Masukkan herba campuran dan perasakan dengan garam secukupnya.  Angkat dan ketepikan.

2.  Masukkan inti daging ke dalam bekas tahan panas atau ramekin yang dilenser dengan marjerin.  Ratakan.

3.  Untuk ubi kentang :  Ubi kentang yang direbus tadi, di lecek ketika masih panas.  Kemudian masukkan marjerin cair, parutan keju cheddar dan susu cair.  Gaul rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan serbuk lada sulah.  Ratakan di atas daging tadi.  (boleh juga dipaipkan dengan menggunakan nozle untuk mendapatkan corak yang cantik).  Taburkan dengan parutan keju dan herba campuran.

4.  Bakar pada suhu 200'C selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperang-perangan.  Hidangkan...

Tuesday, January 12, 2016

PAI EPAL GORENG


 Inti Apple


 versi goreng

 versi bakar





PAI EPAL GORENG
sumber  :   SAJI Jun 2012 (Chef Kamarul)...




Bahan-Bahan :

4  keping  puf pastri atau secukupnya
3  biji  epal hijau
1  sudu kecil  serbuk kayu manis
1  sudu besar  mentega
2  sudu besar  gula perang
6  biji  kismis  (saya guna aprikot kering, dihiris)
2  sudu besar  gula aising  -  untuk hiasan
Minyak masak untuk menggoreng


Cara Menyediakan :

1.  Potong epal pada bentuk kiub kecil.
2.  Panaskan pan/kuali dan masukkan epal berserta mentega dan gula perang.  Biarkan masak sehingga epal menjadi lembut.
3.  Masukkan pula kismis dan serbuk kulit kayu manis.  Kacau rata, angkat dan biarkan sejuk.
4.  Potong kepingan puf pada bentuk empat segi anggaran 10 cm x 8 cm.
5.  Letakkan inti epal dan lipat kemudian tekan kemas menggunakan garpu.
6.  Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan minyaknya.
7.  Taburkan gula aising menggunakan penapis teh sebagai hiasan (jika suka).
8.  Jika ingin membakar, panaskan over terlebih dulu pada suhu 180'C dan bakar selama 25 minit hingga kuning keemasan.  (Sebelum membakar toreh permukaan puf sedikit dengan pisau dan sapukan dengan kuning telur pada permukaan puff)...

Wednesday, December 2, 2015

MANGO ALMOND TART








MANGO ALMOND TART
source  :    anncoojournal.com ; thanks...



Ingredients :

20  gm  melted butter
  2  tbsp  icing sugar
95  gm  ground almond
  1  large  eggs  (I use grade A)
40  gm  honey
  1  tbsp  lemon juice
Lemon zest from 1 lemon
  1  mango, cut into thick strips


Method :

1.  Preheat oven to 175'C.  Prepare and lined 2 - 12cm (5 inches) removable pie pan with parchment paper.  Set aside.

2.  In a large mixing bowl, combine ground almond, lemon zest and icing sugar together, mix well with a hand whisk.  Then add melted butter, honey, lemon juice and eggs into it.  Mix very well with a hand whisk until smooth and pour evenly into the prepared pans.

3.  Arrange mango slices on top of the batter.

4.  Bake for about 40-45 minutes or until browned and set.  Cool and remove from pan, dust with extra icing sugar on top and serve.

Note :  You man substitute mango with any fruits in season (eg. red/gala apples, apricot, peach, strawberry etc.)

Wednesday, October 14, 2015

CHICKEN POT PIE









CHICKEN POT PIE
rujukan   :   Paty's Kitchen; thanks...(so delicious)


Ingredients :
For the fillings :

   1  tbsp  extra virgin olive oil
   1  chicken breast, cubed
   3  tbsp  unsalted butter
   2  white onion, diced
   1  carrot, diced into cube
   1  cup  celery, diced
   2  potato  -  diced
   1  bay leaf
   4  cup  chicken broth  -  divided
3/4  cup  flour
1-2  sheets  store bought Puff Pastry 'KAWAN'  -  thawed
    1  egg  yolk
    1  tsp  water
Salt & pepper to taste


Method :

1.  In a pan over medium heat, add olive oil and cubed chicken.  Season with salt and pepper.  Saute until cooked through.  Set aside.

2.  In the same pan over medium heat, melt butter and add onion, carrots, celery, potato and bay leaf.  Cook until soft.

3.  Add one cup of chicken broth and stir.  Slowly add flour until mixture has thickened.  Add remaining broth and continue to stir until well combined.  Bring to a boil.  Reduce heat, add corn, peas (if using) and chicken.  Simmer for 15 minutes.

4.  Meanwhile, preheat oven to 375'F.  Pour the mixture into baking dish or divide among ramekins.

5.  While the mixture comes to room temperature, roll out puff pastry.  Roll out enough to cover the baking dish/ramekins, allowing a bit of and overhang.


6.  Cover bowl with pastry.  Cut vents with a knife on top of the pastry.

7.  In a small bowl, whisk egg yolk with water.  Brush the egg wash over the pastry.  Let prepared bowl sit in the refrigerator for 15 minutes.

8.  Place bowl on a cookie sheet and bake until top is golden brown about 25 minutes.  Remove from oven and let cool a bit.  Serve warm.

Tuesday, August 4, 2015

CHICKEN POT PIE










CHICKEN POT PIE
rujukan  :  Fauziah Samad.com & Sinaranmenu; thanks...
tried by  :  zaralovebaking; (delicious)..



  1  tin  creamy mushroom soup
  1  labu  bawang besar  didadu kecil
  2  ulas  bawang putih  dicincang halus
  1  keping  dada ayam  -  direbus & disiat-siat
10  ekor  udang  -  bersihkan & cincang  (tak letak)
  1  batang  lobak merah
  1  biji  kentang
Sedikit lada hitam
  1  tin  air  (ikut sukatan tin mushroom soup tadi)
  2  sudu besar  minyak
  3  keping  pastri puff 4x4 inci (jenama KAWAN) - saya guna roti prata jenama KAWAN
Sedikit keju (optional)
Beberapa bekas ramekins


Cara Memasak :

     Kentang dan lobak merah didadu dan direbus bersama dada ayam.  Bubuh sedikit garam.  Setelah masak, keluarkan ayam dan carik-carik atau di siat-siatkan.  Toskan lobak merah dan kentang.  Ketepikan.
     Panaskan minyak di dalam periuk.  Apabila sudah panas, masukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumiskan sampai layu.  Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan dicincang.  Apabila udang sudah berubah warna, masukkan ayam, kentang dan lobak merah.  Kacau seketika dan masukkan satu tin creamy mushroom creamy soup.  Tuangkan sekali air sambil dikacau rata.  Biarkan mendidih seketika.  Taburkan sedikit serbuk lada hitam.  Tidak perlu dibubuh garam.  Tutup api.  Biarkan sejuk.
     Sementara tunggu sup sejuk, sapukan sedikit butter pada seluruh ramekin.  Ambil sekeping roti pratha yang telah agak lembut dan masukkan ke dalam ramekin (sekeping pratha cukup untuk ramekin yang kecil dan 1 1/2 keping untuk ramekin yang besar).  Masukkan sup yang sudah agak suam tadi dan lipatkan bahagian tepi pratha bagi menutup sup.  Tarik-tarik sedikit pratha tadi dan letakkan di atas sup dan tutup secara kemas.  Sapukan permukaan pie dengan kuning telur.
     Panaskan oven pada suhu 200'C dan bakar pie selama lebih kurang 1/2 jam atau hingga permukaan atas pie telah perang/kuning keemasan.

Nota  :  Tunggu suam sedikit sebelum dihidangkan kerana takut melecur lidah sebab krim/sup di dalam pie memang panas...
 

Saturday, June 6, 2015

PAI TUNA










PAI TUNA
sumber  :  buku resipi Chef Noraini Zakaria
tested by  :   zaralovebaking ; ....




Bahan Pastri :

450  gm  tepung gandum  -  diayak
250  gm  mentega
    1  biji  telur gred B
    2  sudu besar  air
    2  sudu besar  gula
 1/2  sudu teh  garam halus


Inti Tuna :

    1  tin  kecil kepingan tuna (tuna flake)  -  dilecek
100  gm  keju cheddar
 1/2  batang  lobak merah  -  disagat kasar/halus  (tambahan)
    1  tangkai  cili merah atau cili benggala  -  dicincang
    1  biji  bawang besar  -  dicincang
    5  biji  cendawan butang  -  dihiris
100  ml   susu segar UHT (dalam kotak)
    1  biji  telur gred B
    1  sudu besar  tepung jagung
Garam & serbuk lada sulah secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Pastri  :  Satukan mentega, gula dan garam.  Putar sehingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi sehingga sebati.  Akhir sekali masukkan tepung gandum.  Putar pada kelajuan perlahan sehingga menjadi doh.

2.  Canai doh dan letakkan di dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.  (Sebelum dibakar, cucukkan dasar doh dengan garfu untuk mengelakkan ia menggelembung).

3.  Inti  :  Ratakan ikan tuna di atas kulit pastri yang telah dibakar tadi.  Taburkan cili merah/benggala, keju cheddar, lobak merah sagat, cendawan butang dan bawang besar.  Ketepikan seketika.  Sementara itu, satukan susu, tepung jagung, garam, lada sulah dan telur di dalam sebuah bekas.  Kacau rata dan tuangkan di atas inti tadi.

4.  Bakar pai ini pada suhu 180'C selama 20 minit lagi sehingga keperangan atau sehingga masak sepenuhnya.  Enak dihidangkan bersama sos cili, sos tomato dan mayones.

Sunday, December 28, 2014

BLACKPEPPER CHICKEN PUFFS








BLACKPEPPER CHICKEN PUFFS
rujukan dari  :  mamafami; thanks...
tried & tested :  zaralovebaking



Bahan-bahan :

1  paket  puff pastry jenama KAWAN
1  biji  kuning telur  -  untuk glis
Sedikit lada hitam kisar untuk hiasan


Bahan Inti Ayam Lada Hitam :

1  biji  bawang Holland  -  didadu kecil
3  biji  ubi kentang saiz sederhana  -  dikupas & didadu
Isi ayam cincang secukupnya
Lada putih
Lada hitam
Garam secukup rasa
Daun bawang  -  dihiris
Minyak menumis


Cara Memasak Inti :

1.  Rebus ubi kentang sehingga hampir lembut.  Ketepikan.
2.  Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang.
3.  Bila bawang telah layu, masukkan ayam cincang dan kacau rata.
4.  Biarkan ayam sehingga hampir masak, baru dimasukkan kentang yang telah direbus tadi bersama dengan sedikit air rebusan kentang tadi.
5.  Masukkan lada putih, lada hitam dan garam secukupnya.  Kacau rata.
6.  Sebelum tutup api, masukkan daun bawang.  Sejukkan dulu sebelum digunakan.


Cara Penyediaan :

     Untuk pastri, letakkan sedikit inti di atas puff pastri kemudian bentukkan 3 segi.  Sapukan kuning telur di atasnya dan taburkan dengan sedikit lada hitam kisar di atas puff pastry.  Susunkan puff pastry tadi di atas dulang pembakar yang telah digris.  Bakar pada suhu 190'C selama 20-25 minit atau sehingga bahagian permukaan puff pastry keperangan.

Monday, December 8, 2014

KEY LIME PIE (sangat sedap, rasa seaka cheesecake)










KEY LIME PIE
Adapted from  :  Nestle Milkmaid/You tube (taste like cheesecake)
Tried & Tested :  zaralovebaking ; delicious & yummy




Ingredients :

 1/2  can  Nestle Sweetened Condensed Milkmaid  (200 gm)
100  gm  low sugar biscuits or graham crackers  (about 15 pieces)
    6  tbsp  unsalted butter  (melted)
 1/3  cup  key lime or regular lime juice  (50 ml)
    1  cup  fresh cream  (150 ml)
Green food colouring, a few drops (optional)


Method :

1.  Crush the biscuits finely, then add the melted butter and mix well.  Press onto a greased loose bottom pie dish and chill for 15 minutes until firm in the refrigerator.

2.  Whisk the Nestle Milkmaid and lime juice together until thick.  Then whip the fresh cream until soft peaks form and fold into the condensed milk mixure.  Gently mix till combined using a spatula.

3.  Pour onto the chilled biscuits layer/base and swirl the green food colouring (if using) through the mixture to create a marble effect.  Freeze for 1-2 hours or overnight until set set.  (Note :  you can also add 1 tsp of grated lime zest).