KEK PISANG

Monday, July 29, 2019

SHEPHERD PIE (COTTAGE PIE) ...










SHEPHERD PIE (COTTAGE PIE)
sumber :    buat orang lapo@you tube...




Bahan Kentang Lenyek :

4  biji  kentang saiz sederhana
1  sudu besar  butter
50  gm  keju cheddar  ~  disagat  (me :   tambahan)
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
4-5  sudu besar  susu segar  (boleh tambahkan atau kurangkan)


Bahan Inti :

300  gm  ayam/daging cincang
2  sudu besar  butter
1  biji  bawang besar  ~  didadu
3  ulas  bawang putih  ~  dicincang
1  biji  tomato  ~  didadu
150  gm  tomato puree
Cendawan butang secukupnya  ~  dihiris
Daun ketumbar/bawang/sup secukupnya  ~  dihiris
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano/mixed herbs
Garam


Cara-Cara Membuat Kentang Lenyek :

1.  Kupas kulit kentang, potong kepada beberapa bahagian dan rebus kentang sehingga lembut.  Bila dah lembut, angkat dan toskan.

2.  Lenyekkan kentang semasa masih panas sehingga hancur.

3.  Masukkan butter, parutan keju cheddar (jika guna), lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.  Gaul rata.

4.  Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau rata sehingga mendapat tekstur yang diinginkan (lembut ala-ala kentang lenyek KFC gitu).


Cara-Cara Membuat Inti :

1.  Panaskan butter dalam kuali sehingga cair.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

2.  Masukkan ayam/daging cincang.  Kacau rata sehingga ayam/daging separuh masak.

3.  Masukkan tomato puree.  Tambahkan lada hitam, oregano/mixed herbs dan garam secukup rasa.  Kacau rata.

4.  Masukkan cendawan.  Kacau sebentar.  Kemudian masukkan tomato yang didadu.  Kacau sebentar sehingga tomato sedikit layu.

5.  Akhir sekali masukkan daun ketumbar/bawang/sup dan kacau sehingga rata.  Sesuaikan rasa dan tutup api.


Cara-Cara Penyediaan & Bakar :

1.  Letakkan inti separuh bekas.  Boleh letakkan dalam bekas kecil-kecil atau 1 loyang yang besar.  (8 inci/aluminium foil).

2.  Letakkan kentang lenyek di atas inti tadi sehingga penuh.  Lorek-lorekkan kentang menggunakan garfu.  (Saya taburkan dengan sedikit parutan keju cheddar di atasnya, terpulang pada citarasa masing-masing).

3.  Bakar selama lebih kurang 30 minit pada suhu 180'C atau sehingga permukaan atas nampak keperangan.

4.  Siap!!! untuk dihidangkan panas-panas atau sedap juga dimakan suam-suam/sejuk.

No comments:

Post a Comment