PANKEK PISANG
sumber : izahdaut.blogspot.com
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
Bahan B :
4 biji pisang berangan (saya guna 8 biji pisang emas saiz kecil)
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/santan kotak
4 sudu besar minyak
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan B ke dalam blender dan kisarkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
2. Ayakkan bahan A ke dalam mangkuk dan tuangkan bahan B. Kacau rata dengan whisk.
3. Sendukkan ke dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan.
4. Tutup kuali. Masakkan selama 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu, ais krim atau coklat cair.
No comments:
Post a Comment