PUDING ROTI CHEESE
sumber : Fiza's Cooking ...
Bahan-Bahan :
6 keping roti putih ~ digunting atau dicarik-carikkan
400 ml susu segar/susu cair
4 biji telur (saya guna gred A)
100 gm gula pasir
100 gm keju cheddar ~ disagat
50 gm mentega
1 sudu teh esen vanilla
Kismis secukupnya
Cara-Cara :
1. Gunting roti dan masukkan ke dalam loyang, tabur kismis ke atasnya. (Boleh guna loyang muffin dan lenserkan dengan mentega terlebih dahulu untuk mengelak dari puding melekat di loyang atau boleh juga guna acuan aluminium foil tetapi tidak perlu dilenser).
2. Panaskan susu segar bersama mentega sehingga mentega cair. Matikan api dapur.
3. Di dalam bekas lain; campurkan telur, gula, esen vanilla dan sebahagian daripada keju parut. Kacau sekadar sebati dengan whisk tangan.
4. Tuangkan susu suam tadi ke dalam campuran telur dan kacau rata. Seterusnya tuangkan ke atas roti yang telah diatur di dalam loyang bersama kismis tadi.
5. Taburkan lebihan keju ke atas puding roti dan bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 170'C atau sehingga puding masak. (Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu selama 5-10 minit).
6. Setelah masak dan sejuk, bolehlah dihidangkan puding dengan aiskrim kegemaran.
No comments:
Post a Comment