Saturday, July 20, 2019
AYAM MASAK KICAP ...
RESEPI AYAM MASAK KICAP
sumber : saji.my ...
Bahan-Bahan :
5-10 ketul ayam ~ dipotong & digaul bersama sedikit serbuk kunyit & garam
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *
1 biji bawang besar ~ potong bulat
2 tangkai cili hijau ~ dihiris
2 tangkai cili merah ~ dihiris
5 tangkai cili padi ~ diketuk
1/2 biji lada benggala kuning ~ potong dadu (saya tambah)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak bijan atau minyak biasa
1 sudu kecil kicap pekat
Sedikit rempah 5spices
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit air
Garam secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Tumbuk lumat bahan-bahan bertanda (*).
2. Dalam mangkuk lain, gaulkan sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan dan kicap pekat. Ketepikan.
3. Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bahan-bahan yang ditumbuk dan cili padi.
5. Masukkan bahan yang dicampur sos dan kicap tadi. Tambahkan sedikit air dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.
6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau sebentar dan campurkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan taburkan sedikit rempah 5spices.
7. Setelah cukup perasanya, tutup api dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment