Tuesday, July 9, 2019
SAMBAL GORENG TAUHU ...
RESIPI SAMBAL GORENG TAUHU
Bahan-Bahan :
3 keping tauhu putih ~ dipotong kiub
1 biji kentang ~ dibuangkan kulit & dihiris sederhana tebal atau ikut citarasa
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos tomato
1 cawan minyak masak
Garam & gula secukup rasa
Bahan Sambal : (Kisar)
15 tangkai cili kering ~ direbus dulu
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Bahan Lain :
1 biji telur ~ dikocok
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang ~ hiasan
Cara Memasak :
1. Kentang yang dihiris, basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu dan kentang secara berasingan sehingga garing dan masak. Angkat dan toskan.
3. Keluarkan separuh minyak gorengan tadi dan tumiskan bahan sambal yang dikisar sehingga naik minyak.
4. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
5. Masukkan tauhu dan kentang yang digoreng tadi, kacau sekali lagi.
6. Tuangkan telur, biarkan sedikit mengeras barulah dikacau.
7. Sesuaikan rasa, tutup api, taburkan dengan hirisan daun sup/daun bawang.
8. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment