KEK PISANG

Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Thursday, June 18, 2020

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI










RESIPI UDANG GALAH MASAK
LEMAK CILI PADI
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

1  kg.  udang galah
4  batang  kacang panjang   ~  patahkan sepanjang 3 cm   (me : guna 2 biji tomato)
2  helai  daun kunyit   ~  dicarik-carikkan
2  batang  serai   ~  dititik
1  mangkuk  santan pekat & 1 mangkuk santan cair   ~  dari 1/2 biji kelapa
1-2  keping  asam gelugor
Garam & gula secukup rasa


Bahan-Bahan Kisar Halus :

8-10  biji  cili padi
2  ketul  kunyit hidup   ~  kikis kulitnya
6-8  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih   (optional)


Cara Memasak :

1.  Bersihkan udang dan potong janggutnya.  Ketepikan.

2.  Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang galah dan serai yang dititik tadi.  Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.

3.  Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang.

4.  Masukkan garam dan sedikit gula@secukup rasa.  Apabila kuah mendidih dan kacang panjang tadi dah lembut, terus tutup apinya.  Sedia dihidangkan.


TIPS :

~    Kuah harus dimasak di  atas api yang perlahan dan harus kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.

~    Udang galah pula tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti isi akan keras dan kurang sedap.

~    Boleh juga digunakan santan kotak (1 kotak santan 200 ml untuk resepi ini dan ditambah sedikit air).


Monday, June 8, 2020

MASAK LEMAK UDANG










RESEPI MASAK LEMAK UDANG
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

10-15  ekor  udang saiz sederhana besar
1  batang  serai   ~  ketuk
10  tangkai  kacang panjang   (me :  tambah, potong-potong anggaran 1 inci)
1  kotak  santan pekat
1  keping  asam gelugor
Garam
Serbuk perasa


Bahan Tumbuk :

3  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
7-10  tangkai  cili padi
1  inci  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup sehingga lumat.

2.  Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali/periuk dan masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul.

3.  Bila mendidih masukkan kacang panjang.  Biarkan sehingga kacang panjang sedikit lembut.

4.  Kemudian masukkan asam gelugor, garam dan serbuk perasa.

5.  Akhir sekali masukkan udang.  Bila udang dah masak@berubah warna, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, April 10, 2020

SAMBAL TEMPOYAK UDANG ...









SAMBAL TEMPOYAK
UDANG & PETAI
sumber :    Hanieliza ...




Bahan-Bahan :

500  gm  udang sederhana besar   ~  dibuang kulit, cuci bersih & toskan
2  papan  petai   ~  diambil isinya   (tak letak ganti dengan tomato)
3  sudu besar  tempoyak
2  helai  daun kunyit   ~  dikoyak-koyak
1  sudu kecil  gula
Garam secukup rasa


Bahan Dikisar :

5  biji  cili merah
7  biji  cili api
5  ulas  bawang merah


Cara Memasak :

1.  Masukkan bahan yang dikisar, tempoyak dan daun kunyit ke dalam periuk.
2.  Masakkan sehingga naik wap.
3.  Masukkan petai, udang, gula dan garam.
4.  Kacau rata dan masakkan sehingga agak pekat.
5.  Masukkan dalam pinggan dan hidangkan.

NOTA :   Jika menggunakan tomato, masukkan akhir sekali, biarkan sedikit layu baru tutup api dan hidangkan.

Thursday, September 19, 2019

TEMPOYAK UDANG ...









TEMPOYAK UDANG BERPETAI
sumber :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

15  ekor  udang bersaiz besar
2  papan  petai  ~  ambil isinya  (tak letak sebab tiada)
1  batang  serai  ~  dititik
2  helai  daun kunyit
1  keping  asam gelugor
1  sudu makan  tempoyak
Sedikit air
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Bahan-Bahan Kisar Halus :

15  biji  cili padi merah thai
5  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih
1/2  inci  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Udang dikupas kulitnya, tinggalkan bahagian ekor, belah belakang udang dan buang uratnya.  Cuci bersih dan toskan.  Daun kunyit disiat dan sehelai lagi dihiris halus.  Ketepikan.

2.  Panaskan minyak di dalam kuali, tumis serai sehingga berbau harum.  Masukkan bahan-bahan kisar halus dan tempoyak, kacau sehingga rata.  Tuangkan sedikit air dan masukkan petai, kacau rata dan masak sekejap.

3.  Tambahkan udang, daun kunyit yang disiat dan asam gelugor.  Kacau rata dan masak sehingga pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Masak sekejap dengan api perlahan dan kacau selalu.  Akhir sekali masukkan hirisan halus daun kunyit, gaul rata.  Sesuaikan rasa dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, March 5, 2017

UDANG SAMBAL BELACAN...










UDANG SAMBAL BELACAN
rujukan  :    Majalah RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

500  gm  udang saiz sederhana  -  dibersihkan & toskan
1  biji  bawang besar  -  dikisar
3  ulas  bawang putih  -  dikisar
2.5 cm  halia  -  dikisar
2  sudu makan  pes cili kering
2  sudu makan  air asam jawa
3 cm  belacan
1  biji  toato  -  dipotong 6  (tambahan)
Gara & gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis


Cara Memasak :

1.  Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2.  Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
3.  Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
4.  Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak.
5.  Kemudian masukkan air asam jawa, tomato, garam dan gula secukupnya.  Biarkan hingga tomato sedikit layu dan sambal sedikit pekat.
6.  Setelah pekat dan agak kering, masukkan udang yang telah digoreng tadi.
7.  Tutup api dan gaul rata.  Sedia untuk dihidangkan...

Monday, February 1, 2016

UDANG MASAM MANIS








UDANG MASAM MANIS
sumber  :   Ilham Dapur...




Bahan-Bahan :

10-15  ekor udang saiz sederhana  -  siang ikut suka, cuci bersih & toskan
        1  ulas  bawang putih  -  diketuk
    3-4  sudu besar  sos cili
        3  sudu besar  sos tomato
        1  sudu besar  sos tiram
Sedikit gula, garam @ serbuk pati
Bawang besar, cili merah, tomato, daun bawang  -  hiris  (jika suka)
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Memasak :

     Panaskan sedikit minyak dalam 2-3 sudu besar, tumiskan bawang putih hingga wangi.  Kemudian masukkan kesemua jenis sos dan masak biarkan berbuih sedikit.  Masukkan sedikit air dan udang, masak sambil dikacau agar masak sekata dan mesra.  Masukkan bahan sayur (jika guna) dan perasa secukup rasa dengan sedikit gula dan garam.  Masak biarkan sos pekat dan udang masak.  Taburkan dengan hirisan daun bawang (jika suka).  Biarkan masak seketika.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan...

Saturday, January 9, 2016

UDANG SAMBAL HIJAU








UDANG SAMBAL HIJAU
sumber  :   Majalah SAJI Jan. 2016...




Bahan-Bahan :

300  gm  udang sederhana besar  -  bersihkan
    4  tangkai  kacang panjang
    2  helai  daun limau purut
  60  ml   santan  (lebihkan jika inginkan masakan berkuah)
    1  labu  bawang besar  -  hiris bulat
Sedikit minyak masak
Garam & gula secukup rasa


Bahan Kisar :

4  tangkai  cili hijau
8  tangkai  cili padi
1  batang  serai
3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih
1  cm  halia


Cara Memasak :

1.  Udang yang telah dibersihkan, digoreng beberapa minit sahaja dan diangkat.  Ketepikan.
2.  Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3.  Kemudian masukkan santan dan kacau rata.  Bubuh daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
4.  Apabila tumisan kelihatan sudah masak sempurna, masukkan udang.
5.  Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan gaul rata.  Masukkan hirisan bawang besar dan boleh dihidangkan.

Wednesday, October 14, 2015

UDANG GORENG KUNYIT








UDANG GORENG KUNYIT
rujukan  :   DapurTanpaSempadan; thanks...



Bahan-bahan :

12  ekor  udang bersaiz besar, gunting muncung dan kakinya, cuci bersih & toskan
  3  tangkai  kacang panjang  -  kerat pendek-pendek (saya guna 1 biji tomato dihiris kasar)
  1  biji  cili hijau  -  dihiris (x letak)
  1  biji  cili merah  -  dihiris
  1  biji  bawang besar saiz sederhana  -  dihiris
  2  ulas  bawang putih  -  dihiris
  1  camca teh  serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Hirisan daun bawang secukupnya  -  untuk hiasan
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Gaul udang dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit gula.  Perapkan sekejap.  Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumiskan hirisan bawang putih hingga harum kemudian masukkan udang dan goreng sehingga udang berubah warna dan kelihatan sedikit kering.

2.  Masukkan kesemua bahan-bahan lain kecuali hirisan daun bawang.  Gaul rata dan masak sekejap.  Rasa dan jika 'ok' bolehlah tutup api.  Keluarkan dan jika ada minyak, toskan.  Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidang.

Wednesday, July 1, 2015

SAMBAL TUMIS UDANG







SAMBAL TUMIS UDANG
rujukan  :  Azie Kitchen ; thanks...



Bahan-bahan :

500  gm  udang  -  dikupas, dicuci bersih & ditoskan
    5  sudu besar  cili kisar
    1  biji  bawang besar  -  dikisar
    3  ulas  bawang putih  -  dikisar
Air asam jawa secukupnya
Gula & garam secukup rasa


Cara Memasak :

     Panaskan minyak dan gorengkan udang untuk seketika.  Angkat dan ketepikan.  Tumiskan pula bahan-bahan kisar sehingga cili benar-benar garing dan masak.
     Setelah garing masukkan sedikit gula.  Kacau rata dan masukkan air asam jawa serta garam.  Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.  Sesuaikan rasa dan kepekatan.  Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday, June 9, 2015

SAMBAL WANGI UDANG








SAMBAL WANGI UDANG
sumber  :  buku resipi Hanieliza ; sedap sebab dimasak oleh anak bujang ku (Amin), hehe..




Bahan-bahan :

500  gm  udang besar (dibuang kulit)
    3  tangkai  daun kari
    1  labu  bawang besar  (dihiris)
    5  biji  limau kasturi  (diambil jusnya)
    3  sudu makan  minyak masak
Garam & gula secukup rasa


Bahan B :  (Dikisar)

15  tangkai  cili kering
  5  ulas  bawang merah
  2  ulas  bawang putih
  1  sudu besar  udang kering  (direndam hingga sedikit lembut)


Cara Membuat :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan daun kari hingga wangi.
2.  Masukkan bahan yang dikisar, kemudian masakkan sehingga wangi dan naik minyak.
3.  Masukkan udang dan bawang besar.  Kemudian kacau rata.
4.  Apabila bawang sudah layu, tutupkan api dan tuangkan jus limau.  Kacau rata sekali lagi.
5.  Sedia dihidangkan.

INFO  :   Udang hanya perlu dimasakkan sebentar bagi mengelakkan isinya menjadi liat.

Sunday, February 8, 2015

UDANG GORENG LADA HITAM








UDANG GORENG LADA HITAM
sumber dari  :  yatiememories; thanks..
tried by  :  zaralovebaking, sedap...




Bahan-bahan :

1  kilo  udang sederhana besar
1  sudu kecil  serbuk kunyit
1  sudu kecil  garam
1  sudu besar  lada hitam  -  kisar kasar
1  tangkai  cili merah *
1  tangkai  cili hijau * (* dipotong serong)
1  batang  lobak merah bersaiz sederhana  -  dipotong ikut suka
1  biji  tomato  -  dibelah 4
1  labu  bawang besar  -  dipotong bulat
Daun sup secukupnya  -  dihiris halus
Minyak masak secukupnya


Bahan Hiris :

1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih


Bahan Sos :

   3  sudu besar  kicap jalen manis
   3  sudu besar  sos lada hitam
1/2  cawan  air  +  1  sudu kecil  tepung jagung  =  dibancuh bersama


Cara Memasak :

1.  Udang digunting muncungnya, dibersihkan dan ditoskan.
2.  Lumur udang bersama sedikit serbuk kunyit dan garam, gaul sebati.
3.  Goreng udang sehingga masak.  Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
4.  Paanaskan minyak secukupnya, tumiskan bahan hiris sehingga sedikit layu.  Masukkan bahan-bahan sos dan gaul rata.
5.  Masukkan lada hitam kasar, cili hijau & merah.  Masukkan udang yang digoreng tadi.  Gaul rata.
6.  Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan tomato.  Gaul rata.  Tambahkan sedikit garam dan gula jika perlu.
7.  Tutup api, angkat dan hidangkan.  Taburkan dengan hirisan daun sup.

GRILLED LOBSTER with GARLIC-PARSLEY BUTTER








GRILLED LOBSTER with GARLIC-PARSLEY BUTTER
adapted from  :  saveur.com
tried by :   zaralovebaking...




Ingredients :

      8  tbsp  unsalted butter, softened
      2  tbsp  finely chopped parsley
1 1/2  tsp  crushed red chilli flakes
      4  cloves  garlic, finely chopped
Zest of 1  lemon
Kosher salt and freshly ground black pepper, to taste
      1  live  lobster  (about 1 to 1 1/2 lb) -  (I bought 8 medium lobster)
   1/4  cup  olive oil


Method :

1.  Combine butter, parsley, chilli flakes, garlic, lemon zest, salt and pepper in a bowl; set aside.  Using a cleaver, split lobster in half lengthwise through its head and tail.  Scoop out and discard the yellow-green tomalley and break off claws.
     Transfer lobster halves, shell side down, to a baking sheet; crack claws and place them on the baking sheet.  Drizzle halves and claws with oil and season with salt and pepper.

2.   Heat a charcoal grill or set a gas grill to high; bank coals or turn off burner on one side.  Place lobster halves, flesh side down, and claws on hottest part of grill; cook until slightly charred, 2-3 minutes.  Flip lobster over and using a spoon, spread lobster with the garlic-parsley butter; continue grilling until lobster meat is tender, 3-5 minutes more.

Thursday, February 5, 2015

SAMBAL UDANG MASAK 3 RASA









SAMBAL UDANG MASAK 3 RASA
sumber dari  :  yatiememories; thanks...
tried by  :  zaralovebaking....




Bahan-bahan :

   1  kilo   udang sederhana besar
   1  sudu makan   sos ikan/nampla
   2  sudu makan   sos tiram
   3  sudu makan   sos cili
   2  sudu makan   sos tomato
   2  keping   nenas dalam tin  (dipotong dadu)
   1  biji   tomato  (dipotong dadu)
1/2  batang   timun  (dipotong dadu)
   1  batang   serai  (di titik)
Daun sup/daun bawang  -  dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Bahan Kisar :

   2  labu   bawang besar
   3  ulas    bawang putih
1/2  inci   halia
1/2  cawan   cili kisar


Cara Memasak :

1.   Udang dipotong muncungnya, dicuci bersih dan toskan.  Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.  Gorengkan sekejap saja.  Angkat dan toskan minyaknya.

2.   Tumiskan bahan kisar berserta dengan serai sehingga terbit minyak.  Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, sos tiram dan gaul rata.

3.   Masukkan sedikit air.  Masukkan nenas, tomato dan timun.  Gaul rata.

4.   Masukkan sedikit garam dan gula.  Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

5.   Perasaan, sekiranya sudah cukup masam manisnya, bolehlah tutup api.  Angkat dan hidangkan bersama dengan taburan daun sup/daun bawang....