Showing posts with label Noodles/Pasta. Show all posts
Showing posts with label Noodles/Pasta. Show all posts
Wednesday, July 15, 2020
MAGGI GORENG MAMAK
RESEPI MAGGI GORENG MAMAK
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
2 pek Maggi Kari (ambil satu bungkus perencah sahaja)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 biji telur
1 ikat sayur sawi
1/2 batang lobak merah
Sayur kobis secukupnya
4 biji cili padi (tumbuk kasar) (saya guna cili merah jer)
2 - 3 sudu besar sos tomato
2 - 3 sudu besar sos cili
1 - 2 sudu besar kicap manis
1/2 biji tomato
Limau nipis atau limau kasturi (untuk hidangan)
Cara Memasak :
1. Cincang kasar bawang putih dan bawang besar.
2. Hiris halus lobak merah dan sayur kobis.
3. Potong sayur sawi (asingkan batangnya) dan tomato.
4. Rebus Maggi sehingga lembut. Angkat dan toskan.
5. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis hirisan bawang.
6. Masukkan telur dan kacau-kacau.
7. Masukkan batang sawi, hirisan lobak merah dan hirisan sayur kobis.
8. Masukkan cili padi tumbuk dan daun sawi.
9. Kemudian masukkan Maggi rebus. Kacau sekata.
10. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan hirisan tomato.
11. Masukkan perencah Maggi (satu bungkus sahaja).
12. Kacau sehingga semua bahan sekata.
13. Sedia dihidangkan bersama perahan jus limau, jika suka.
Labels:
Noodles/Pasta
Monday, June 22, 2020
MARTABAK MAGGI
RESIPI MARTABAK MAGGI
sumber : buat orang lapo.com@you tube
(sangat sedap)
Bahan-Bahan :
Mi Segera Maggi Perisa Kari (me : guna 1 paket)
100 gm ayam cincang/kisar
1 biji bawang besar ~ potong ikut suka
1/2 biji cili besar merah ~ potong ikut suka
2 biji telur gred A
Perencah kari
Lobak merah secukupnya ~ potong ikut suka
Daun ketumbar (me : guna daun kucai, potong ikut suka)
Keju Mozarella (tidak wajib) (me : guna parutan keju cheddar)
Cara-Cara :
1. Rebus mi segera selama 2 minit mengikut arahan pada bungkusan mi. Angkat, toskan dan ketepikan dahulu.
2. Goreng ayam dengan sedikit minyak sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula bawang besar dengan sedikit minyak sehingga garing bersama cili merah besar. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan perencah mi segera, pukul sehingga sebati.
5. Kemudian, masukkan bawang dan cili yang digoreng tadi, lobak merah, ayam yang telah digoreng tadi, daun ketumbar serta mi segera yang telah direbus. Gaulkan kesemuanya sehingga bersalut dengan telur.
6. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak, ambil separuh mi segera yang bersalut telur tadi dan goreng sehingga bawahnya kekuningan dan terbalikkan.
7. Selepas itu, taburkan keju Mozarella di atasnya dan tutup kuali supaya keju cepat cair. Bila dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.
Siap !
Labels:
Noodles/Pasta
Monday, March 23, 2020
MEE HOON GORENG !
RESIPI MEE HOON GORENG
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
1 pek mee hoon vermicelli JATI (350 gm)
1 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
3 biji telur
Garam
Sayur kobis secukupnya ~ dihiris
1/2 batang lobak merah ~ dihiris
Daun bawang/daun saderi, jika ada ~ dipotong
1 tangkai cili merah ~ dihiris
Minyak masak
Bahan Kisar :
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan airnya kering.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata-rata sehingga cili benar-benar masak dan terbit minyak. Boleh masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga terbit minyak sekali lagi.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam, sos tomato dan sos tiram, kacau rata.
4. Masukkan lobak merah dan kacau rata. Kemudian masukkan pula telur. Biarkan telur hampir masak baru dikacau.
5. Masukkan sayur kobis dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan mee hoon yang telah direndam sehingga lembut. Kacau sehingga bahan bergaul rata dengan mee hoon.
6. Masukkan garam jika belum cukup rasa. Goreng sehingga mee hoon kelihatan berminyak. Bolehlah tutup api.
7. Sebelum dihidangkan, tabur cili merah hiris dan daun bawang/daun saderi, jika ada.
INFO : Saya gantikan mee hoon dengan 4 bungkus maggi kering yang dicelur sedikit dalam air panas tapi jangan terlalu lama nanti lembik dan hancur.
Labels:
Noodles/Pasta
Wednesday, July 3, 2019
SPAGETI BOLOGNESE ...
SPAGETI BOLOGNESE
sumber : hanieliza.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1 paket spageti ~ direbus sehingga lembut & toskan
400 gm daging kisar halus@Mincemeat
1 tin cendawan butang ~ dihiris nipis
1 batang lobak merah *
1 biji capsicum hijau *
2 biji tomato muda * ( * dipotong dadu )
2 labu bawang besar *
4 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan serbuk oregano kering
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 pokok daun parsli ~ dicincang halus
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak masak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan sos tomato, lobak merah, capsicum, tomato, cendawan butang, garam, air dan serbuk lada hitam.
4. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
5. Angkat dan tuangkan di atas spageti ketika dihidangkan.
6. Taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli. Jika suka, taburkan dengan parutan keju.
INFO : Gaulkan sedikit minyak/mentega pada spageti yang sudah direbus bagi mengelakkan spageti melekat.
Labels:
Noodles/Pasta
Saturday, April 13, 2019
MAKARONI GORENG TUNA ...
MAKARONI GORENG TUNA
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 paket makaroni 'elbow' ~ direbus dengan air yang diletakkan sedikit garam, toskan & letakkan sedikit minyak zaitun@minyak masak. Gaul rata & ketepikan.
2 tin tuna dalam air garam ~ ditoskan airnya sehingga kering
Cili padi hiris ~ jumlah ikut citarasa
1 biji cili merah ~ hiris
1 biji cili hijau ~ hiris
1 biji bawang holland ~ cincang
4 ulas bawang putih ~ cincang
1 biji tomato ~ didadu
1/2 batang lobak merah ~ disagat
6 biji cendawan butang ~ dipotong ikut suka
Garam secukup rasa
Sedikit parsley segar atau kering
Minyak masak + mentega secukupnya
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak dan mentega. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili padi, cili merah, cili hijau dan tuna. Tumis hingga sebati. Kemudian masukkan lobak merah, cendawan butang, kacau sebati dan masak seketika. Masukkan tomato, makaroni yang direbus tadi, gaul rata. Masukkan parsley dan perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.
Labels:
Noodles/Pasta
Monday, February 18, 2019
KUETIAU GORENG...
RESEPI KUETIAU GORENG
sumber : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 paket kuetiau
10 ekor udang ~ kupas kulit, tinggalkan bahagian ekor & cuci bersih, toskan
10 ekor sotong ~ potong ikut citarasa, cuci bersih & toskan
1 pokok sawi ~ potong ikut citarasa
1/2 cawan tauge
1 keping tauhu ~ potong kiub & goreng
Sedikit kucai ~ potong anggaran 1 cm
Garam & gula secukupnya
1 sudu besar cili kisar
1 biji telur ~ dipukul sedikit
1 tangkai cili merah ~ hiris
Sedikit kicap manis
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis atau udang kering
1/2 biji tomato
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, garam dan gula secukupnya. Tumis sehingga cili benar-benar masak.
3. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat supaya telur hancur.
4. Masukkan udang, sotong, biarkan seketika sehingga sedikit masak. Jangan terlalu lama.
5. Masukkan sawi dan kuetiau. Kacau rata sehingga sawi sedikit layu.
6. Akhir sekali masukkan tauge, kucai, cili merah dan tauhu goreng dan kicap, kacau rata.
7. Sesuaikan rasa, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.
Labels:
Noodles/Pasta
Thursday, February 14, 2019
KERABU MI SEGERA...
RESEPI KERABU MI SEGERA
sumber : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
3 paket mi goreng segera Sedaap Perisa Asli ~ dicelur dalam air panas seketika, toskan & ketepikan
3 batang sosej ~ didadu kecil
10 batang kacang buncis ~ didadu kecil
1 batang lobak merah saiz sederhana ~ disagat kasar
2 ulas bawang putih ~ dicincang
1 tangkai cili merah ~ hiris
3 biji telur ~ digoreng mata lembu
Daun sup ~ hiris (untuk hiasan)
Garam secukupnya & perencah dalam paket mi tadi
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan sosej, kacau seketika diikuti dengan lobak merah dan kacang buncis. Kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah. Perasakan dengan garam secukup rasa dan tutup api.
4. Di dalam bekas yang besar, masukkan mi segera (yang telah dicelur & ditoskan), perencah dalam paket mi segera dan bahan tumisan tadi. Gaulkan sehingga rata dan sebati. Sesuaikan rasanya.
5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan taburkan hirisan daun sup.
Labels:
Noodles/Pasta
Wednesday, November 14, 2018
PASTA GORENG MUDAH...
RESIPI PASTA GORENG MUDAH
sumber : enyabdullah.com
Bahan-Bahan :
200 gm sebarang jenis pasta pendek (penne/makaroni) (saya guna Angel Hair spagheti)
10 batang sosej ~ dipotong nipis
1/2 cawan tomato puree
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak zaitun
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 ulas bawang besar ~ dipotong dadu
2 pokok daun bawang ~ dihiris kasar
2 pokok daun sup ~ dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam & gula secukup rasa
Parutan keju Cheddar secukupnya
Cara Memasak :
1. Pasta direbus bersama sedikit garam sehingga al dente (lembut tetapi dalam masih sedikit keras dan bertepung). Simpankan sedikit air rebusan dalam 1/2 cawan.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih yang dicincang dan bawang besar yang dipotong dadu. Masukkan sosej dan gorengkan seketika.
3. Masukkan tomato puree, sos tiram dan air rebusan pasta tadi.
4. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan susu segar dan serbuk lada sulah berserta garam.
5. Kemudian terus masukkan pasta yang telah direbus tadi. Jangan risau jika ianya agak berkuah, nanti pasta akan menyerap lebihan kuah (sebab tu kena rebus al dante). Kuah akan membuatkan pasta menyerap dan menjadikan pasta lebih sedap. (Sebaliknya jika terlalu kering, tambahkan air rebusan pasta atau susu segar secukupnya).
6. Masak seketika dan bolehlah dimasukkan garam, gula secukupnya, daun bawang dan daun sup.
7. Sedia dihidangkan bersama taburan parutan keju Cheddar.. !!!!!
Labels:
Noodles/Pasta
Wednesday, August 22, 2018
PASTA SPIRAL GORENG BERKEJU...
PASTA SPIRAL GORENG BERKEJU
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 cawan pasta spiral ~ direbus sehingga lembut & toskan
1 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1/2 labu bawang Holland ~ dadu halus
4 biji cendawan butang ~ hiris ikut suka
1/4 cawan lobak merah ~ hiris seperti batang mancis
3 biji kacang peas ~ pilihan (saya guna kacang peas dalam tin sedikit)
1 batang sosej ~ dipotong ikut suka
1/2 cawan daging ~ hiris nipis
1 kiub pati ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 cawan air
1 keping keju cheesedale ~ dihiris
2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
Cara Memasak :
1. Rebus pasta spiral dengan mencampurkan 1 sudu besar minyak sehingga lembut dan toskan.
2. Masukkan minyak sayuran di dalam kuali, tumiskan daging dan sosej. Kacau sehingga separuh masak dan masukkan pula bawang Holland dan bawang putih.
3. Kacau sehingga bawang kekuningan dan naik bau, kemudian masukkan sayuran dan air.
4. Seterusnya masukkan pasta sambil dikacau sehingga bercampur dengan sayuran.
5. Perasakan dengan kiub pati ayam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan keju yang dihiris dan kacau sehingga keju cair. Matikan api dan bolehlah dihidangkan...
NOTA : Gandakan resepi di atas jika ingin masak lebih untuk keluarga sederhana...
Labels:
Noodles/Pasta
Wednesday, August 1, 2018
MEE GORENG CINTAN SARDIN...
MEE GORENG CINTAN SARDIN
YANG SEDAP
Bahan-Bahan :
5 keping mee Cintan tanpa perencah ~ dicelur sedikit lembut & toskan
1 tin sardin
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
100 gm brokoli ~ potong, celur seketika & toskan
1 biji cili merah ~ hiris (untuk hiasan)
Garam secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara Memasak :
Bawang putih, bawang merah ditumbuk kasar.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau. Kacau-kacau.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili kisar garing dan naik minyak.
Masukkan sardin ke dalam mangkuk dan hancurkan isinya.
Tuangkan ke dalam bahan tumisan tadi bersama sosnya sekali. Gaul rata.
Masukkan pula brokoli yang dicelur tadi, garam dan hirisan cili merah, jika suka.
Akhir sekali masukkan mee Cintan yang sudah dicelur dan gaul rata. Hiaskan ikut citarasa.
Siap!!!!
Labels:
Noodles/Pasta
Saturday, July 28, 2018
SPIRAL IKAN TUNA...
RESEPI SPIRAL IKAN TUNA
Bahan-Bahan :
4 cawan pasta spirals
1 1/2 liter air
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
2 tangkai daun sup ~ dihiris kasar
1 tin Tuna Spicy Flakes in Olive Oil
1/2 sudu kecil garam (untuk menumis)
1 biji bawang besar *
3 biji bawang putih *
1 biji cili merah * ( * dicincang )
3 batang sosej ~ dipotong menyerong
6 tangkai kacang sepat@snowpeas ~ dipotong 2
1/2 batang lobak merah ~ dipotong memanjang
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu teh thyeme
1/2 sudu teh oregano
Cara Penyediaan :
1. Pasta spirals direbus sehingga lembut@ala dante bersama minyak masak, air serta 1/2 sudu kecil garam. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga layu. Masukkan sosej, biarkan masak seketika. Masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan kacang sepat dan lobak merah. Biarkan sekejap. Jangan sampai layu sangat.
4. Angkat. Gaulkan pasta spirals yang direbus dan ditoskan bersama bahan yang ditumis/goreng tadi, kacau sebati.
5. Masukkan ikan tuna dan gaulkan rata-rata.
6. Hidang dan taburkan dengan thyeme, oregano, cili merah dan hirisan daun sup...
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Posts (Atom)


