KEK PISANG

Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Tuesday, July 28, 2020

KARI TELUR









RESEPI KARI TELUR




Bahan-Bahan :

6  biji  telur yang telah direbus & dikupas kulit
2  biji  tomato   ~  dibelah 4 setiap satu
1  paket kecil  serbuk kari daging/ayam, dibancuh dengan sedikit air
1  cawan  santan atau secukupnya
1/2  sudu kecil  halba campur
1  biji  cili merah   ~  hiris serong
1  biji  cili hijau   ~  hiris serong
1  tangkai  daun kari
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Bahan Dihiris :

2  biji  bawang kecil
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali dengan lebih kurang 1 cawan minyak masak dan goreng telur yang telah direbus tadi kemudian angkat dan ketepikan.

2.  Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk.  Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.

3.  Kemudian masukkan bancuhan pes kari tadi.  Tunggu sehingga pecah minyak.  Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah dimasukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

4.  Perasakan dengan sedikit garam, gula dan boleh juga ditambah sedikit serbuk perasa, jika suka.  Setelah mendidih masukkan telur, tomato, cili merah dan cili hijau.  Biarkan masak seketika dan tutup api.  Sedia dihidangkan ..... SIAP!


TIPS :   Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan merendamkan telur yang baru mendidih di dalam air sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.

Friday, July 10, 2020

SAMBAL TELUR










RESIPI SAMBAL TELUR REBUS
sumber :    tiffinbiru@CMG




Bahan-Bahan :

8  biji  telur rebus   (kupas kulitnya & ketepikan)
1  biji  bawang besar   (hiris bulat & leraikan)
1  cawan  cili kisar
1/2  sudu besar  pes asam jawa
1  sudu besar  gula melaka
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak


Bahan Kisar Halus :

5  biji  bawang merah kecil
2  ulas  bawang putih
1  inci  belacan
2  keping  hirisan nipis halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan.  Tumis bahan-bahan kisar halus hingga wangi.  Masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak, tambah sedikit lagi minyak masak, jika perlu.  Bila cili garing, boleh masaukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuangkan sedikit air, anggaran 1/2 cawan.

2.  Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya.  Kalau guna serbuk perasa, boleh masukkan sedikit.  Masak hingga pekat dan masukkan bawang besar, kacau rata dan akhir sekali masukkan telur rebus, kacau perlahan dan masak sekejap jer.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Thursday, June 11, 2020

TELUR DADAR TUNA



Sedap, tapi agak mencabar untuk terbalikkan sebab mudah pecah...







RESIPI TELUR DADAR TUNA
sumber :    ummi@home sweet home




Bahan-Bahan :

6  biji  telur saiz sedang
1  tin  tuna   (Mild Tuna)
1  labu  bawang besar   ~  didadu/hiris
1  tangkai  cili merah   ~  potong kecil-kecil
Sedikit daun bawang   ~  hiris halus
2  sudu besar  Mayones
1/2  sudu teh  serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng


Cara Memasak :

1.  Campurkan saja kesemua bahan kecuali minyak masak di dalam bekas.  Adun rata dan sebati.

2.  Panaskan minyak masak dalam kuali atau non-stick pan (tak perlu minyak banyak), tuangkan adunan telur dan masak dengan api perlahan.

3.  Terbalikkan selepas 3-4 minit dan biarkan sehingga kedua-dua bahagian masak.

4.  Angkat dan hidangkan.  Boleh juga dilapiskan dengan roti.

Saturday, June 6, 2020

TELUR TOMATO









RESEPI TELUR TOMATO
SEDAP & MUDAH
sumber :    www.rasa.my@Siti Zanariah Khalit




Bahan-Bahan :

4  biji  telur
2  biji  tomato   ~  pilih yang besar & merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa   ~  jika suka
Gula   ~  perlu ada untuk hilangkan rasa masam & maung tomato
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali.  Masukkan sedikit minyak masak.

2.  Dalam mangkuk pecahkan telur dan kacau guna garpu.  Kemudian masukkan dalam kuali.  Bila telur kelihatan setengah masak, gaulkan.

3.  Bila telur kelihatan 3/4 masak, angkat.  Pastikan telur tidak terlalu masak.

4.  Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak masak.  Masukkan hirisan tomato.

5.  Masak tomato sehingga layu dan keluar airnya.  Air tomato yang keluar itu akan menyedapkan lagi rasa telur.

6.  Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.

7.  Akhir sekali, masukkan telur.  Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.

Wednesday, June 3, 2020

TELUR MATA MASAK MASAM MANIS









TELUR MATA MASAK MASAM MANIS
sumber :    ninamirza.com




Bahan-Bahan :

5  biji  telur ayam
1  biji  bawang besar
2  ulas  bawang putih
2  inci  halia
2  cawan  air
1/2  cawan  sos tomato
1/4  cawan  gula
Garam secukup rasa
1 1/2  cawan  mix vegetable   (me :  guna cendawan butang & lobak merah)
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Telur ayam digoreng style mata kerbau lalu diasingkan ke dalam pinggan hidangan.
2.  Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris halus.
3.  Panaskan minyak masak secukupnya, tumis kesemua bahan yang dihiris.
4.  Setelah kekuningan, masukkan air, masak sehingga mendidih.
5.  Kemudian masukkan sos tomato, kacau rata, masak sehingga mendidih lagi.
6.  Masukkan mix vegetable, biarkan masak sebentar.
7.  Masukkan gula dan garam secukup rasa, seimbangkan rasa masam manisnya.
8.  Susun telur yang telah digoreng tadi di atas pinggan hidangan.
9.  Tuangkan sos masam manis ke atas telur.  Sedia dihidangkan.


Saturday, April 25, 2020

KARI TELUR ...









KARI TELUR DENGAN 
KACANG BUNCIS
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

6  biji  telur yang sudah direbus
Kacang buncis   (tak letak sebab tiada stok)
3-4  tangkai  cili hijau   ~  hiris atau belah 2 tak putus
4  tangkai  cili padi
1  biji  buah tomato   ~  dibelah 3 atau 4
4  biji  bawang merah   ~  hiris
4  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  pelepah  daun kari
1  batang  kulit kayu manis
1  pek kecil  rempah kari daging
1  kotak  santan kotak
1  sudu besar  kerisik
1  sudu besar  sos tiram   ~  bancuh dengan sedikit air
1/2  sudu kecil  pes asaj jawa Adabi
Garam
Sedikit gula
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis kayu manis, bawang merah dan bawang putih yang dihiris serta daun kari sehingga naik bau.  Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat sehingga naik bau.  Masukkan sedikit air dan masak lagi sehingga terbit minyak.

2.  Masukkan air secukupnya sehingga mendidih.  Masukkan santan dan kacau rata.

3.  Masukkan telur yang sudah siap direbus, kerisik, sos tiram, pes asam jawa, garam dan gula.  Kacau rata.

4.  Setelah mendidih dan terbit minyak, masukkan buah tomato, cili hidup dan kacang buncis (jika guna).

5.  Kacau seketika dan bolehlah ditutup api supaya kacang buncis tidak terlebih masak.
SIAP !

Saturday, April 18, 2020

TELUR MASAK KICAP ...









RESIPI TELUR MASAK KICAP
sumber :    resepicitarasawan ...




Bahan-Bahan :

6  biji  telur gred D atau E
1  labu  bawang bombay   ~  hiris
3  ulas  bawang putih   ~  ketuk
1  tangkai  cili merah & hijau atau capsicum   ~  hiris
1  sudu besar  sos tiram
1/4  cawan  kicap lemak manis
1  sudu besar  air asam jawa
1  biji  tomato   ~  belah 6   (saya guna b biji tomato ceri)
Hirisan daun sup untuk taburan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Goreng telur separuh masak, toskan dan masukkan ke  dalam pinggan.
2.  Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga naik bau.
3.  Masukkan kicap lemak manis, sos tiram dan sedikit air. 
4.  Apabila mendidih, masukkan air asam jawa dan hirisan cili.
5.  Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan tuangkan ke atas telur.
6.  Sedia dihidangkan dengan taburan hirisan daun sup.


Tips Menggoreng Telur Mata :

1.  Guna kuali kecil sedikit lengkuknya.  Putih telur akan membaluti telur kuning dan tidak merebak mengikut saiz kuali.

2.  Minyak kena lebih supaya telur tenggelam dan masak rata.

3.  Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, baru di tuangkan ke dalam kuali.

4.  Pastikan bahagian tepi telur garing dahulu sebelum diangkat.

5.  Toskan dengan sudip berlubang untuk mengeluarkan lebihan minyak.

6.  Guna telur saiz D ataupun E untuk mendapatkan gorengan telur yang cantik.

Tuesday, March 10, 2020

KARI TELUR TANPA SANTAN ...









RESIPI KARI TELUR
TANPA SANTAN
sumber :    intaidapur.blogspot.com




Bahan-Bahan :

5-6  biji  telur   ~  rebus & belah 2  (me :  tak belah)
3  biji  kentang   ~  belah 4   (me :  guna 2 biji tomato belah 3 setiap satu)
3  sudu besar  serbuk kari ayam   ~  dibancuh dengan sedikit air
2  sudu besar  cili kisar
2  sudu besar  air asam jawa
1  inci  halia *
4  ulas  bawang merah *
2  ulas  bawang putih *   ( * ditumbuk )
Sedikit air
Sedikit daun kari   (me :  tambah)
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

~   Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis rempah kari, bahan-bahan tumbuk dan cili kisar sehingga naik bau. 
~   Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan ia agak kering sedikit.
~   Masukkan pula air secukupnya dan ubi kentang.
~   Bila ubi kentang dah hampir empuk, masukkan telur yang sudah direbus tadi.
~   Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
~   Masak sehingga semuanya sebati dan bolehlah diangkat.

INFO :   Masukkan daun kari kerika menumis, jika guna.  Tomato dimasukkan akhir sekali jika tidak menggunakan ubi kentang.

Tuesday, February 18, 2020

TELUR AIR ASAM VIRAL !!!










RESEPI TELUR AIR ASAM
YANG VIRAL DI FB !!!
sumber :    www.rasa.my




Bahan-Bahan :

4  biji  telur
Cili padi secukupnya   ~  lebihkan jika suka pedas   (me :  guna 6 biji)
1/2  biji  bawang besar   ~  dihiris/cincang
1-2  biji  tomato   ~  dihiris/cincang


Bahan Air Asam :

Asam jawa secukupnya   (me :  guna  2 sudu besar pes asam jawa)
Garam secukup rasa   (me :   1/2 sudu teh)
Aji-no-moto secukupnya,  jika suka
Air suam secukupnya   (me :  1/2 cawan)
Tambahkan sedikit belacan kalau nak lagi power   (optional)


Cara Penyediaan :

1.  Satukan bahan-bahan air asam.  Kacau sebati dan pastikan ianya cukup rasa.  Ketepikan.

2.  Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk.  Pastikan periuk tidak terlalu besar.  Jika sepadan dengan telur, lagi baik.

3.  Masukkan air sama paras dengan telur.  Rebus guna api paling besar selama 7 minit.  Masa adalah PENTING untuk mendapatkan tekstur kuning telur yang cantik.

4.  Bila cukup masa merebus, kupas telur dibawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak.  Toskan.

5.  Belah telur dan letakkan di dalam pinggan hidangan/mangkuk.

6.  Masukkan hirisan bawang dan tomato.  Tuangkan juga air asam tadi.  Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.

7.  Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas.  Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.

Wednesday, January 8, 2020

TELUR KICAP BAWANG & CILI POTONG ...









TELUR KICAP BAWANG &
CILI POTONG
sumber :    Majalah RASA November 2018
saiz hidangan :   untuk 10 orang




Bahan-Bahan :

10  biji  telur 
2  biji  bawang besar   ~  belah dua & hiris bulat
20  biji  cili padi merah & hijau   ~  hiris   (me :  tak letak cili padi merah tiada stok)
3  cm  halia   ~  hiris halus memanjang
4  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
2  sudu makan  kicap pekat manis
2  sudu makan  sos tiram
1  sudu teh  cuka
Sedikit air
Sedikit garam & gula,  jika perlu
Minyak masak secukupnya   ~  untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian goreng telur sebiji demi sebiji hingga habis.
2.  Keluarkan minyak gorengan tadi, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.  Tumis bahan hirisan; bawang besar, bawang putih, halia dan hirisan cili padi hingga wangi.
4.  Kacau rata hingga bahan tumisan layu.
5.  Masukkan sos tiram, kicap dan cuka.  Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
6.  Jika belum masin, boleh tambahkan sedikit garam dan gula.
7.  Setelah cukup masak, tuangkan tumisan ini di atas telur yang digoreng tadi.
8.  Sedia dihidangkan panas-panas.

Friday, December 20, 2019

TELUR MASAK KICAP ...









RESIPI TELUR MASAK KICAP
sumber :    FB@nazreen ...




Bahan-Bahan :

4-5  biji  telur   ~  goreng mata kerbau
2  biji  bawang besar   ~  hiris
2  tangkai  cili merah   ~  hiris
2  ulas  bawang putih   ~  ketuk
1  inci  halia   ~  hiris
Sedikit daun sup
Kicap manis secukupnya
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi hingga berbau harum.
2.  Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
3.  Campurkan sedikit air dan biarkan menggelegak sebentar.
4.  Angkat dan taburkan daun sup.
5.  Sedia dihidangkan.

Monday, November 25, 2019

KURMA TELUR TANPA SANTAN ...









RESIPI KURMA TELUR
TANPA SANTAN
sumber :    resepisedap-nennie.blogspot.com




Bahan-Bahan :

8  biji  telur   ~  direbus & dikupas kulit
4  biji  ubi kentang   ~  dikupas kulit & potong ikut suka
5  biji  buah keras   ~  ditumbuk lumat
1  peket  serbuk rempah kurma
2  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih
2  cm  halia
2  keping  asam gelugor   (saya tambah)
1  batang  kulit kayu manis
3  biji  bunga cengkih
2  kuntum  bunga lawang
Sedikit air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Kupas bawang merah, bawang putih, halia dan dimayang halus kemudian tumis semua bawang, halia bersama kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga terbit bau wangi.

2.  Campurkan rempah kurma dengan sedikit air.  Bila bawang sudah layu, masukkan rempah kurma dan terus mengacau sehingga rempah kurma masak dan terbit minyak.

3.  Kemudian masukkan semua buah keras yang ditumbuk lumat, kacau sekejap dan terus masukkan air secukupnya.  Masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.  Masukkan semua telur yang sudah di kelar-kelar dan kacau supaya semua bahan mesra.

4.  Masukkan asam gelugor, garam secukup rasa dan kacau kuah sekali-sekala dan bila kentang dah empuk/lembut, bolehlah ditutup api dapur.

5.  Sedia dihidangkan.