KEK PISANG

Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Tuesday, July 7, 2020

TERUNG GORENG KICAP BERCILI









RESIPI TERUNG GORENG
KICAP BERCILI
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

2  biji  terung panjang saiz sederhana
5-10  biji  cili padi   (hiris halus)   (saya ganti dengan cili merah 1 biji)
3  ulas  bawang putih   (hiris nipis)
1  biji  bawang besar   (hiris nipis)
Kicap manis secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

1.  Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil.  Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.

2.  Panaskan minyak masak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak.  (Jangan sampai lembik).  Goreng berperingkat sehingga selesai.

3.  Kurangkan minyak gorengan tadi dalam anggaran 1 senduk.  Tumis bawang besar dan cili padi/cili merah sehingga naik bau.  Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi.  Masukkan pula kicap manis.  Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.

4.  Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


TIPS :    Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.

Tuesday, June 30, 2020

BENDI GORENG TELUR









RESIPI BENDI GORENG TELUR
YANG MUDAH & SEDAP !
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

15  biji  bendi   (dipotong nipis secara menyerong)
2  biji  telur   (dipukul dengan garpu)
Sedikit garam
Serbuk perasa
Minyak masak


Bahan Kisar :

3  biji  cili merah   (dibuang biji)
2  ulas  bawang merah
1  ulas  bawang putih
Sedikit belacan   (saya tambah)


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.  Masukkan bendi dan dikacau.  Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
3.  Agak-agak bendi dah separuh masak, bolehlah dicurahkan telur sekelilingnya.
4.  Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau.  Biarkan sekejap sehingga agak kering dan tutup api.
5.  Sedia dihidangkan.

Wednesday, June 24, 2020

PAK CHOY TUMIS SOS TIRAM









RESIPI PAK CHOY TUMIS
SOS TIRAM
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

4-5  pokok  sayur Pak Choy
4  sudu besar  sos tiram
2  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
Satu hirisan nipis  halia   ~  cincang halus
Sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1  sudu kecil  tepung jagung   ~  bancuh dengan sedikit air
Sedikit bawang goreng
Hirisan cili padi  (jika suka)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam.  Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapiskan air.

2.  Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar.  Tapiskan kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.

3.  Untuk memasak kuah :   panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.

4.  Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya.  Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat.  Perasakan dengan gula secukup rasa.  Sesuaikan rasa dan tutup api.

5.  Tuangkan kuah sos tiram ke atas sayur tadi dan taburkan bawang goreng bersama hirisan cili padi, jika suka.


Thursday, June 11, 2020

PAJERI NENAS










RESEPI PAJERI NENAS
( Mariana Zainal )




Bahan-Bahan :

1  biji  nenas   (potong ikut suka jangan nipis sangat)
1  biji  bawang besar   (hiris nipis)
4-5  ulas  bawang putih   (hiris nipis)
Sedikit halia   (hiris nipis)
4-5  kuntum  bunga lawang
2 1/2  cawan  santan dari sebiji kelapa   (kisar kelapa & perah ambil santannya)
2  senduk  minyak masak   (untuk menumis)


Bahan-Bahan Pes :

2  paket kecil  serbuk kari ikan   (nak pedas guna serbuk kari daging)
3  sudu besar  udang geragau   (nak guna ikan bilis pun boleh....tapi tumbuk jangan hancur sangat)
1  paket kecil  kerisik
2  tangkai  daun kari
1 1/2  sudu besar  gula
1/2  sudu besar  garam
Sedikit bahan perasa
1  cawan  air

(Satukan kesemua bahan-bahan pes, gaul sebati).


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang hingga naik bau.
Bila dah naik bau, masukkan pes tadi, kacau hingga naik minyak.
Dah naik minyak masukkan nenas, kacau sebati hingga air nenas kering kemudian masukkan santan.
Masak hingga agak pekat dan terbit minyak.
Sesuaikan rasa, tutup api. 
Sedia untuk dihidangkan.

NOTA :   Resepi yang mudah dan senang memasaknya.  Sangat sedap !

Saturday, May 23, 2020

PAJERI TERUNG !









RESEPI PAJERI TERUNG
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

3  biji  terung panjang (sederhana kecil)
3  sudu besar  minyak masak
1 1/2  cawan  santan pekat
3  sudu besar  serbuk rempah kari daging   (bancuh dengan sedikit air menjadi pes)
1  sudu besar  kerisik
Rempah tumis   (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)


Bahan Dikisar Halus :

3  ulas  bawang putih
2  ulas  bawang merah
1  cm  halia
1  sudu besar  udang kering   (rendam hingga lembut & toskan)


Cara Memasak :

1.  Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.

2.  Dalam periuk, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau.  Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes.  Masak hingga pecah minyak.

3.  Masukkan terung, kacau seketika.  Tuangkan santan pekat dan kerisik.  Masak sehingga kuah menjadi pekat.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Lebihkan sedikit gula kerana Pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.



Saturday, May 9, 2020

PAK CHOY TUMIS SOS TIRAM !









RESEPI PAK CHOY TUMIS
SOS TIRAM
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

4-5  pokok  sayur Pak Choy
4  sudu besar  sos tiram
2  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
Satu hirisan nipis  halia   ~  cincang halus
Sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1  sudu kecil  tepung jagung   ~  dibancuh dengan sedikit air
Sedikit bawang goreng
Hirisan cili api
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam.  Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis airnya.

2.  Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar.  Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.

3.  Untuk masak kuah :   panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.

4.  Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya.  Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat.  Perasakan dengan gula secukup rasa.

5.  Tuangkan kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili api, jika suka.  Sedia dihidangkan.


Tuesday, May 5, 2020

TERUNG GORENG BERLADO ...









TERUNG GORENG BERLADO
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

3-4  biji  terung ungu
Garam
Gula
Minyak masak


Bahan Kisar :

4  tangkai  cili merah
5  tangkai  cili padi
3  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  biji  buah tomato


Cara Memasak :

1.  Terung yang telah dipotong direndam dengan sedikit air garam seketika.  Toskan dan goreng seketika.  Angkat dan ketepikan.

2.  Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga masak dan naik bau.

3.  Masukkan garam dan gula secukupnya.  Jika kurang masam, boleh ditambahkan asam keping.

4.  Masukkan terung yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau sebati dengan sambal.  Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutupkan api.  SIAP !

Monday, May 4, 2020

KACANG PANJANG GORENG TELUR ...









KACANG PANJANG GORENG
DENGAN TELUR
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

1  ikat  kacang panjang   ~  potong ikut suka
1/2  batang  lobak merah   ~  potong ikut suka
1-2  biji  telur
1-2  sudu besar  sos tiram
3  ulas  bawang merah   ~  hiris
2  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  tangkai  cili merah   ~  hiris
Garam & gula
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi.

2.  Masukkan lobak merah dan kacau agak-agak separuh lembut, masukkan kacang panjang.

3.  Masukkan sos tiram dan kacau rata.

4.  Ketepikan sayuran dan tuangkan telur.  Biarkan telur agak mengeras sebelum dikacau bersama kacang panjang.

5.  Akhir sekali, masukkan cili merah dan bolehlah diangkat.  Jika sos tiram belum masin, bolehlah letakkan sedikit garam.  Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

Sunday, May 3, 2020

TAUGEH IKAN MASIN ...









RESIPI TAUGEH IKAN MASIN
sumber :    hanieliza.blogspot.com




Bahan-Bahan :

200  gm  ikan masin talang   (boleh juga guna ikan masin tenggiri atau kurau) (me : guna ikan masin tenggiri jer)
300  gm  taugeh   ~  bersihkan
100  gm  lobak merah
50  gm  daun bawang   ~  potong pendek   (me :  guna daun kucai)
1  tangkai  cili merah   ~  hiriskan
1  sudu besar  kicap cair   ~  jika perlu
3  sudu besar  minyak masak
Garam@sos ikan   ~  jika perlu


Bahan tumbuk atau hiris halus :

5  tangkai  cili api
3  ulas  bawang putih
2  ulas  bawang merah


Cara Memasak :

1.  Hiriskan isi ikan masin dan basuh.  Toskan.
2.  Lobak merah dihiris halus dan pendek.
3.  Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan masin sehingga masak.
4.  Masukkan bahan tumbuk atau hiris dan gorengkan sehingga wangi.
5.  Tutup api dan masukkan hirisan lobak merah, daun bawang dan taugeh.  Kacau rata.
6.  Masukkan kicap (jika perlu) dan hidangkan.

Wednesday, April 29, 2020

BUNCIS GORENG TELUR ...









BUNCIS GORENG TELUR
sumber :    WWW.RASA.MY FEB.2020




Bahan-Bahan :

1/2  kg  sayur buncis   ~  dihiris serong
1  tiub  taufu telur
3  biji  bawang merah   ~  dihiris
2  ulas  bawang putih   ~  dipotong/dicincang
1  biji  telur   ~  dipukul sedikit   (me : tambah)
1/2  batang  lobak merah   ~  dihiris
Sos tiram secukupnya
Gula & garam secukupnya
1  biji  cili merah   ~  hiris  (hiasan)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Potong taufu telur dan gorengkan dahulu.  Masukkan sedikit garam untuk elak dari meletup.

2.  Kurangkan minyak gorengan sedikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.

3.  Masukkan lobak merah.  Masak hingga kekuningan.  Ketepikan sayur, masukkan telur, biarkan sedikit mengeras dan kacau.

4.  Masukkan sos tiram dan masukkan sayur buncis.  Masukkan sedikit air, jika perlu.  Akhir sekali masukkan taufu telur yang telah digoreng tadi.

5.  Perasakan dengan gula dan garam.  Cepat-cepat gaul sebati dengan api yang besar dan masukkan cili merah sebagai hiasan.

6.  Sedia dihidangkan.

Monday, March 16, 2020

TUMIS TIMUN TELUR ...










RESIPI TUMIS TIMUN TELUR
sumber :    FB@Izarizayu Idris@MAHN, (sangat sedap!!!)




Bahan-Bahan :

2  batang  Timun Jepun/biasa   ~  potong-potong ikut kesukaan
1  biji  telur
3  biji  bawang kecil *
2  biji  bawang putih *
1/2  genggam  ikan bilis *    ( * ditumbuk )
Cili merah/hijau   (ikut nak pedas mana)
Garam & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
Masukkan bahan yang ditumbuk.
Kacau sebati sehingga berbau wangi.
Letakkan garam dan perasa secukupnya siap-siap.
Masukkan timun, kacau-kacau sambil masukkan air sedikit.
Kemudian pecahkan telur, biarkan sekejap bagi telur berketul/set dan kacau rata.
Angkat dan sedia dihidangkan. 
Siap !

Monday, January 27, 2020

KANGKUNG GORENG BELACAN ...









KANGKUNG GORENG BELACAN
sumber :    hanieliza ...




Bahan-Bahan :

500  gm  sayur kangkung
2  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan-Bahan Ditumbuk :

2  tangkai  cili merah
10  tangkai  cili padi
1  inci  belacan
1  ulas  bawang putih
3  ulas  bawang merah


Cara Memasak :

1.  Sayur kangkung dipotong kecil dan dicuci bersih.  Kemudian toskan.
2.  Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
3.  Masukkan sayur kangkung.  Kacau rata dan rasakan garamnya.
4.  Hidangkan bersama nasi putih.