KEK PISANG

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, July 23, 2020

SUP AYAM SIMPLE









RESEPI SUP AYAM SIMPLE
sumber :    cookpad.com@Nurul Razali




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  dipotong kecil, cuci bersih & toskan
1  biji  bawang besar   ~  dimayang
3  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  ruas/bahagian  halia   ~  hiris
1  bunjut  rempah sup
4  biji  kentang   ~  dipotong ikut suka
1  batang  lobak merah saiz sederhana   ~  dipotong ikut suka
1  sudu besar  minyak masak
2  sudu kecil  garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun sup & daun bawang   ~  dihiris untuk taburan


Cara Memasak :

1.  Sediakan bahan-bahan.  Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis bawang, halia, bawang putih dan sup bunjut sampai naik bau.

2.  Masukkan lobak merah dan kentang.  Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga empuk.  Masukkan ayam dan tambah air sehingga menutupi ayam.

3.  Masukkan serbuk lada hitam dan kacau.  Biarkan mendidih sehingga ayam masak.  Masukkan garam.  Sesuaikan rasa, tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang ... SIAP !


Wednesday, July 22, 2020

AYAM SAMBAL BALI









RESEPI AYAM SAMBAL BALI
sumber :    resepichenom.com




Bahan Kisar Halus :

5-6  biji  bawang merah kecil
4-5  ulas  bawang putih
2  biji  bawang besar
1  cm  halia
1  sudu kecil  belacan


Bahan Untuk Ayam (Separuh Masak ) :

Minyak masak
1/2  ekor  ayam *   (dipotong ikut suka)
Sedikit garam *
Sedikit serbuk kunyit *   ( * gaul sebati & goreng separuh masak )


Bahan-Bahan Lain :

4  batang  serai   (dititik)
2  tangkai  daun kari
3  sudu besar  cili kisar   (boleh lebihkan jika suka pedas)
Sedikit air   (untuk berkuah)
Sedikit gula nisan/gula melaka
Sedikit air asam jawa
2-3  sudu besar  kicap manis
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Sediakan bahan-bahan untuk kisar halus.  Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.  Masukkan semuanya ke dalam blender, tambah air sedikit dan belacan, kisar sehingga halus.

2.  Di dalam kuali, panaskan minyak masak secukupnya, tumis serai sampai naik bau.  Masukkan daun kari, bila dah wangi masukkan bahan kisar tadi.  Kacau sekejap kemudian tambah cili kisar.  Masak sampai pecah minyak.

3.  Kemudian masukkan air dari blender tadi dan sambung masak sampai sambal pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.

4.  Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi, masukkan gula nisan/gula melaka dan kicap manis.

5.  Tambah sedikit air asam jawa, garam dan serbuk perasa (jika suka).  Tutup kuali sekejap supaya ayam cepat masak.  Boleh tambah sedikit air kalau masakan kelihatan kering.




Thursday, July 16, 2020

SAMBAL AYAM KICAP









RESIPI SAMBAL KICAP AYAM




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  potong ikut suka, cuci bersih & toskan
2  batang  serai   ~  dititik
5  helai  daun limau purut   ~  dicarik
1  biji  tomato   ~  belah 4
5  sudu besar  kicap manis
2  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  minyak masak
Garam secukupnya, jika perlu


Bahan Dikisar :

15  tangkai  cili kering
5  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan tomato, daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5.  Masak sehingga tomato sedikit layu, sesuaikan rasa dan tutup api.
6.  Sedia dihidangkan.

Thursday, July 9, 2020

AYAM SOS TIRAM










RESEPI AYAM SOS TIRAM
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

400  gm  ayam
1 1/2  sudu kecil  tepung jagung/tepung gandum
1  sudu besar  sos tiram
1  sudu besar  kicap cair
1  sudu besar  kicap manis
1/2  cawan  minyak masak
3  ulas  bawang putih
1/2  biji  bawang Holland
6-10  biji  cili padi
1  pokok  daun bawang
1 1/2  sudu besar  sos tiram
Sedikit serbuk lada sulah
1/2  sudu besar  kicap manis
1  sudu besar  tepung jagung + 3 sudu besar  air
Air tambahan   ~  untuk kuah


Cara Memasak :

1.  Potong bawang putih (cincang kasar), bawang Holland, cili padi dan daun bawang.

2.  Perap ayam dengan tepung jagung (1 1/2 sudu kecil), sos tiram (1 sudu besar) dan kicap cair (1 sudu besar).  Gaul sebati dan perap dalam 10 minit.

3.  Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang Holland kemudian bawang putih.  Bila bawang putih dah perang dan bawang Holland lembut, angkat dan ketepikan.

4.  Di dalam kuali yang sama, gorengkan pula ayam.  Bila ayam sedikit garing, masukkan pula sos tiram (1 1/2 sudu besar), serbuk lada sulah dan air.

5.  Bila ayam dah hampir masak, masukkan cili padi, kicap manis (1/2 sudu besar) dan daun bawang.  Biarkan mendidih seketika sehingga ayam lembut.

6.  Masukkan air bancuhan tepung jagung.  Tambahkan garam dan gula secukup rasa.  Masukkan balik bawang-bawang yang digoreng tadi.  Gaul sebati. 

7.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

TIPS :   Bawang perlulah diangkat selepas ditumis supaya ayam lebih garing bila digoreng.



Friday, July 3, 2020

AYAM MASAK TAUCU









RESIPI AYAM MASAK TAUCU
sumber :    Ruzita's Kitchen




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam   ~  dipotong ikut suka, cuci bersih & toskan
1/2  cawan  taucu
1/2  cawan  air asam jawa
3  ulas  bawang merah   ~  hiris
3  ulas  bawang putih   ~  hiris
700  ml  air
1  sudu kecil  garam
1/2  kiub  pati ayam
1  sudu besar  gula
1  biji  cili merah   ~  hiris
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2.  Masukkan taucu dan air asam jawa, kacau-kacau.
3.  Masukkan air dan ayam.  Perlahankan api dan biarkan ayam empuk/lembut.
4.  Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam, kacau.
5.  Sesuaikan rasa, tutup api.
6.  Sedia dihidangkan.

Saturday, June 27, 2020

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS










RESIPI AYAM GORENG CILI
HALIA MASAM MANIS
sumber :    FB/O Resepi@angelic.argan




Bahan-Bahan :

1/4  ekor  ayam   (potong ikut suka, lumur garam kunyit & goreng)   ~  ketepikan
3  biji  bawang merah   (sederhana besar)
2  biji  bawang putih
1  inci  halia
1/2  inci  belacan
4  biji  lada merah
6  biji  cili padi
1-2  keping  asam keping
1  sudu kecil  sos tiram
1  sudu kecil  cuka makan
1  sudu kecil  sos ikan
1  batang  serai   (diketuk)
Hirisan bawang besar   (me : guna bawang Holland)
Minyak masak untuk menggoreng
Garam, gula/gula merah   (jika suka)


Cara Memasak :

Kupas dan blend (saya tumbuk tapi jangan lumat sangat) bawang merah/putih, halia, cili padi, lada merah dan belacan.  Kemudian masukkan ke dalam minyak masak yang dipanaskan (api sederhana).  Goreng/tumis sehingga naik bau, masukkan sedikit air supaya tidak kering sangat sambil masukkan garam.  Kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu kecil dan sedikit jer gula merah, masukkan juga sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka makan dan serai yang diketuk tadi, goreng/masak sampai naik bau, kalau kering sangat masukkan air sedikit mengikut keadaan.  Masukkan ayam yang dah digoreng tadi dengan hirisan bawang besar, gaul sehingga bawang besar layu dan bolehlah tutup api.
Sedia dihidangkan.


Saturday, June 20, 2020

AYAM MASAK PADANG










RESIPI AYAM MASAK PADANG
sumber :    Dayang Jack@Dapur Ku Sayang




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam bersaiz sederhana   ~  dipotong ikut suka & cuci bersih
300  ml  santan   ~  boleh tambah atau kurang
100  ml  susu cair
2  biji  tomato   ~   belah 4 setiap satu   (me :  tambah)
1  batang  serai   ~  diketuk
2  keping  asam gelugor
Garam & sedikit gula
Minyak masak


Bahan-Bahan Kisar :

6  tangkai  cili merah   ~  dibuang biji
1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
1/2  inci  halia
1  inci  lengkuas
2  batang  serai 
10  biji  cili padi
Sedikit kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.  Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.

2.  Masukkan ayam dan sedikit air.  Biarkan ia mendidih sebentar.

3.  Masukkan santan dan susu cair.  Biarkan ia mendidih sebentar.

4.  Akhir sekali masukkan tomato, garam, sedikit gula dan asam gelugor.  Kacau-kacau dan biarkan ia sampai masak.  Sesuaikan rasa dan tutup api.

5.  Sedia dihidang.


Saturday, June 13, 2020

AYAM MASAK KICAP ALA JAWA








AYAM MASAK KICAP ALA JAWA
( Mariana Zainal )




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  potong ikut suka   (lumur garam & kunyit kemudian goreng jangan sampai garing)
1/2  cawan  air asam jawa   ~  cair-cair sahaja
Sedikit kicap masin
Sedikit kicap manis
1  sudu teh  gula
Sedikit bahan perasa
1  cawan  air   (untuk kuah, nak lebihkan pun boleh)
3  kuntum  bunga lawang
1  batang  kulit kayu manis
2  senduk  minyak masak   (untuk menumis)


Bahan-Bahan Kisar :   (Kisar semua bahan ini hingga lumat)

1 1/2  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih
Sebesar ibu jari  halia
1  sudu besar  jintan manis
1 1/2  sudu besar  biji ketumbar
1  sudu kecil  lada hitam biji


Hiasan :

Cili hijau & cili merah
Bawang besar   (hiris bulat)


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga berbau harum.
Masukkan bahan kisar, air asam jawa, gula dan bahan perasa.
Tumis hingga naik minyak dan bahan kisar agak garing.
Renjiskan kicap manis dan kicap masin.
Masukkan ayam dan air.  Kacau-kacau dan biarkan mendidih ganas.
Taburkan cili merah, cili hijau dan bawang besar.
Sesuaikan rasa, jika kurang masin tambah kicap masin, jangan letak garam.
Seimbangkan rasa dan tutup api.  Sedia dihidangkan.
SIAP !




Saturday, June 6, 2020

AYAM MASAK MERAH SIMPLE









AYAM MASAK MERAH SIMPLE
( Mariana Zainal )




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  dipotong-potong, basuh bersih, gaul dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng sekejap jangan sampai garing.


Bahan Kisar :   (semua bahan ini dikisar halus)

15  tangkai  cili kering   ~  rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
1 1/2  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih
1  inci  halia


Bahan Lain :

2  sudu besar  gula
1  sudu kecil  garam
Sedikit bahan perasa
3  sudu besar  sos cili   (Sos Cili LIFE atau ikut suka)
2  batang  serai   ~  dititik
1/2  cawan  air
2 1/2  senduk  minyak masak   ~  untuk menumis
1  biji  bawang besar   ~  dihiris bulat   (untuk hiasan)
Daun sup hiris  (hiasan)  (me :  guna daun bawang)


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak, masukkan serai, goreng sehingga keperangan kemudian tumis bahan kisar, masukkan gula, garam dan sedikit bahan perasa, tumis sehingga betul-betul naik minyak.  Kemudian masukkan sos cili, kacau lagi.  Masukkan ayam, kacau rata.  Taburkan bawang yang dipotong bulat tadi, kacau sekejap, sesuaikan rasa, tutup api.  Hidangkan dan taburkan daun sup... Siap !


Monday, June 1, 2020

AYAM MASAM MANIS ALA THAI










RESEPI AYAM MASAM MANIS
ALA THAI
(Mariana Zainal)




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  gaul sedikit garam kunyit & goreng, jangan goreng terlalu garing


Bahan Kisar :   (jangan kisar sampai halus ya)

1 1/2  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih
Sedikit halia
10-15  biji  cili padi   ~  tak suka pedas boleh kurangkan
2  batang  serai   ~  hiris-hiris


Bahan Lain :

3  sudu besar  sos cili
1  sudu besar  sos ikan
3-4  helai  daun limau purut   ~  dicarik-carik
1 1/2  sudu besar  gula
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
1  cawan  air   ~  untuk kuah
2  senduk  minyak untuk menumis
5-6  biji  cili padi   ~  hiris membulat, tak nak pun boleh
1  biji  bawang besar   ~  hiris membulat
Sedikit daun ketumbar atau daun sup, jika tiada stok   (me : guna daun bawang jer)


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan gula, sedikit garam (jangan banyak) dan bahan perasa, tumis hingga betul-betul naik  minyak dan agak garing.  Masukkan sos cili, sos ikan dan daun limau purut.  Masukkan ayam yang digoreng dan air, gaul rata.  Bila dah mendidih dan kuah pekat masukkan bawang besar dan cili padi potong, gaul rata, sesuaikan rasa, taburkan daun ketumbar dan tutup api...Siap !


Sunday, May 31, 2020

AYAM MASAK PAPRIK










RESEPI AYAM MASAK PAPRIK
sumber :    Insta@Qasey Honey@you tube.




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  potong kecil-kecil
1  biji  bawang besar   ~  hiris kasar
1  biji  cili merah   ~  hiris menyerong
3  ulas  bawang putih   ~  hiris
2-3  sudu besar  cili kisar
2  sudu besar  sos cili
2  sudu besar  sos tomato
1  sudu besar  sos tiram
3  helai  daun limau purut   ~  carik-carik
10-15  biji  cili padi   ~  ketuk
1/2  batang  lobak merah/kacang panjang   ~  potong ikut suka
5-6  batang  putik jagung   (tak letak, tiada)
1/3  buku kecil  bunga kobis   (tak letak, tiada)
6  biji  cendawan butang   ~  hiris   (saya tambah)
1  biji  tomato   ~  potong ikut suka  (saya tambah)
1  cawan  air atau secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak secukupnya.
Tumis bawang putih hingga berbau wangi.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak hingga cili masak dan garing.
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau sebati.
Masukkan ayam, daun limau purut dan cili padi, kacau lagi.
Masukkan lobak merah, cendawan butang.  Masukkan air.  Perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan cili merah.  Biarkan mendidih seketika.
Sesuaikan rasa dan Siap !