Tuesday, July 9, 2019
ASAM KARI IKAN PARI ...
RESIPI ASAM KARI IKAN PARI
sumber : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
500 + gm ikan pari (saya guna ikan tenggiri; anggaran 1/2 ekor saiz sederhana, dipotong & dicuci bersih, toskan)
10 batang bendi
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 2
1 genggam daun kesum ~ cuci & toskan
2 batang serai ~ diketuk
2 sudu besar serbuk rempah kari ikan *
1/3 cawan air * ( * disatukan & kacau rata sehingga menjadi pes)
1/3 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Kisar Halus :
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 kunyit kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 biji buah keras
Cara Memasak :
1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci, gaul dengan 1 sudu kecil garam dan jus limau nipis atau jus limau kasturi, perap 15 minit, cuci sehingga bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan. Tomato dibelah 4, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan-bahan kisar halus sehingga wangi, masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan pes rempah kari, kacau dan masak sehingga rempah naik minyak. Tuangkan air secukupnya, anggaran 3 cawan, kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan pari dan masak sekejap. Masukkan air asam jawa, masukkan 1/2 bahagian dulu. Tambah bunga kantan, bendi (kerat sedikit bahagian pangkal dan hujungnya) dan daun kesom. Biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Rasa dan jika kurang rasa masam, tambah lagi air/jus asam jawa. Kacau rata dan masak sehingga bendi lembut sedikit, masukkan tomato dan bolehlah matikan api. Hidangkan Asam Kari dengan nasi putih, telur dadar, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment