KEK PISANG

Monday, July 15, 2019

CHICKEN POP WANTON CUP ...











CHICKEN POP WANTON CUP
sumber :    Majalah RASA Julai 2019




Bahan-Bahan :

1  bungkus  kulit wantan segera
300  gm  isi dada ayam  ~  potong dadu halus
1  mangkuk  tepung goreng segera
1  biji  telur
Serbuk lada sulah secukupnya
Cili merah  ~  hiris dadu secukupnya  (saya tambah)
Minyak masak untuk menggoreng


Cara Memasak :

1.  Satukan isi dada ayam dan telur di dalam mangkuk.  Gaul sebati dan salutkan dengan tepung goreng segera.

2.  Goreng ayam dalam minyak panas hingga keperangan.  Angkat dan toskan minyaknya.

3.  Ambil kulit wantan dan susun di dalam acuan muffin.

4.  Sudukan isi ayam yang digoreng tadi, taburkan sedikit serbuk lada sulah dan hirisan cili merah.

5.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C selama 10 minit atau hingga kulit wantan kekuningan.

6.  Sedia dinikmati begitu sahaja atau dengan sos pilihan.

No comments:

Post a Comment