KEK PISANG

Saturday, July 6, 2019

PULUT KUNING ...









PULUT KUNING
sumber :    skybluemelleymey.blogspot.com




Bahan-Bahan :

500  gm  beras pulut
3/4  camca teh  serbuk kunyit
1  keping  asam gelugor
1  cawan  santan cair *
3/4  camca teh  garam *   ( * disatukan & kacau rata )
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
100  ml  pati santan  (santan pekat)


Cara Penyediaan :

1.  Cuci beras pulut kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor.  Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam.  Kemudian toskan dan masukkan ke dalam loyang  (saya guna loyang saiz 9 inci).

2.  Tuangkan santan cair dan masukkan daun pandan.  Kukus atas air mendidih selama 15 minit.  Kareh atau gaulkan pulut tadi.

3.  Selepas 15 minit, tuangkan pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau sehingga pulut masak.  Keluarkan daun pandan dan bolehlah dihidangkan bersama sambal tumis, rendang, kari atau serunding.

kredit :  CMG@tiffinbiru









SAMBAL AYAM
sumber :    buku masakan Chef Hanieliza...




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  tangkai  serai  ~  diketuk
1  biji  tomato  ~  dipotong dadu
1  labu  bawang besar  ~  dihiris kasar
1/2  cawan  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Untuk Sambal :

15  biji  cili merah
5  ulas  bawang kecil
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam hingga ayam agak garing.  Angkat dan ketepikan.
3.  Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan untuk sambal hingga garing.
4.  Masukkan kembali ayam, serai tadi, bawang besar dan tomato.
5.  Kacau rata dan biarkan hingga bawang layu dan sambal naik minyak.
6.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment