Wednesday, July 17, 2019
TERUNG GORENG BERLADA ...
TERUNG GORENG BERLADA
sumber : www.rasa.my
Bahan-Bahan :
6 biji terung saiz kecil ~ dibelah
1 biji bawang besar ~ dihiris kasar
Segenggam udang kering ~ direndam seketika
4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Asam jawa secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Gorengkan terung dan kemudian ketepikan dulu.
2. Tumbuk cili merah, bawang besar, bawang putih dan udang kering yang sudah ditoskan airnya.
3. Tumiskan semua bahan tumbuk tadi sehingga berbau wangi.
4. Masukkan sedikit air dan asam jawa secukup rasa. Masukkan hirisan bawang besar.
5. Biarkan bawang besar sedikit layu. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan terung yang digoreng tadi, gaul rata. Sesuaikan rasanya... Siap !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment