KEK PISANG

Sunday, July 14, 2019

NASI AYAM BASMATHI ...












NASI AYAM BASMATHI SPECIAL
sumber :    yatiememories ...




Bahan-Bahan Untuk Nasi :

4  cawan  beras  (saya guna beras basmathi)
6  cawan  air  (air dari rebusan ayam, atau guna 2 kiub pati ayam & campur dengan 6 cawan air)
Sedikit garam  (jika perlu)
Sedikit pewarna kuning
2  sudu besar  butter


Bahan-Bahan Tumis :

4  ulas  bawang putih  ~  hiris
1  inci  halia  ~  hiris
4  batang  serai  ~  diketuk
3  sudu besar  minyak masak


Cara Memasak :

1.  Basuh beras dan rendam selama 30 minit, toskan.  Ketepikan.
2.  Masukkan 5 cawan air rebusan ayam ke dalam rice cooker.  Masukkan beras dan biarkan sebentar.
3.  Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
4.  Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dalam rice cooker.
5.  Masukkan pewarna kuning, butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
6.  Bila nasi dah kering, gaulkan menggunakan chopstick sekali sekala dan tutup semula.
7.  Bila nasi dah masak, bolehlah dihidangkan bersama Ayam Goreng Madu dan Sos Cili Merah dan Hitam.


Bahan-Bahan Untuk Ayam Goreng Madu :

1  ekor  ayam  ~  dipotong 12, selebihnya dicincang untuk buat supnya
3  sudu besar  kicap pekat
3  sudu besar  sos tiram
2  sudu besar  madu
2  sudu besar  sos tomato


Cara Penyediaan :

1.  Rebus ayam bersama air sehingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.  (Air rebusan ayam ini buat masak nasi dan sup).
2.  Perap ayam bersama kicap, sos tiram, sos tomato dan madu selama 1/2 jam.
3.  Goreng ayam dalam minyak terendam.  Setelah masak angkat dan toskan.


Bahan-Bahan Untuk Sos Pedas Merah :

4  ulas  bawang putih
4  tangkai  cili merah
5  biji  cili padi merah
2  sudu besar  cuka
2  sudu besar  gula & sedikit garam
2  sudu besar  sos cili
1/2  cawan  air masak untuk kisar bahan-bahan


Cara Penyediaan :

1.  Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
2.  Masukkan cuka dan sos cili.  Gaul sebati.
3.  Masukkan gula dan garam secukupnya.  Perasakan, sekiranya dah 'ok', bolehlah dihidangkan bersama ayam.


Bahan-Bahan Sambal Kicap :

8  biji  cili padi hijau/merah
2  ulas  bawang putih
1/4  cawan  kicap  (secukupnya)
Gula & garam secukupnya
Sedikit sup ayam


Cara Penyediaan :

1.  Bakar bawang putih sekejap.  Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
2.  Masukkan dalam mangkuk dan letakkan kicap dan sedikit sup.
3.  Masukkan pula gula dan garam secukupnya.


Bahan-Bahan Untuk Sup Ayam Ringkas :

Ayam yang telah dipotong kecil-kecil  (bahagian yang lebih/tulang ayam)
2  biji  kentang  ~  dipotong dadu besar
1  batang  lobak merah  ~  dipotong kecil
Daun sup/daun bawang & bawang goreng secukupnya
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
2  ulas  bawang merah  ~  hiris
1  inci  halia  ~  hiris
Rempah tumis  (1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga)
1  kiub  pati ayam
Air secukupnya dalam 4 cawan
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Masukkan rempah tumis, bahan-bahan hiris ke dalam periuk sup bersama 4 cawan air.
2.  Masukkan ayam yang dipotong/dicincang, kentang dan biarkan sehingga masak.  Masukkan kiub pati ayam.
3.  Setelah kentang empuk, masukkan lobak merah dan kacau sebati.  Masukkan garam secukup rasa.
4.  Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama Nasi Ayam.
5.  Setelah siap bolehlah dihidangkan dengan taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment