Sunday, July 28, 2019
AYAM TUMIS LENGKUAS ...
RESIPI AYAM TUMIS LENGKUAS
sumber : Majalah RASA Jun 2019 ...
Bahan-Bahan :
1 kg ayam ~ potong sederhana & bersihkan
3 batang serai ~ titik
1 biji bawang besar ~ hiris
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis ~ ambil jus sahaja
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
4 sudu makan minyak masak
Bahan Kisar :
5 biji cili merah
10 biji cili padi
2 cm halia
4 cm lengkuas
4 cm kunyit hidup
2 batang serai ~ hiris
4 biji buah keras
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis hirisan bawang besar dengan serai.
2. Setelah wangi masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
4. Tambahkan secawan air, kacau rata dan tutup periuk. Biarkan seketika.
5. Setelah air tumisan agak kering dan ayam masak, masukkan daun salam dan daun limau purut.
6. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
7. Jika ingin sedikit berkuah, tambah sedikit lagi air. Jika tidak tutup api.
8. Ayam Tumis Lengkuas sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment