POPIA INTI SARDIN
sumber : FB@Resepi Senang Masak
Bahan-Bahan :
1 tin kecil sardin jenama Adabi ~ dihancurkan bersama sos
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 biji ubi kentang ~ dipotong dadu
1 biji limau kasturi@limau nipis
Cili padi secukupnya ~ dihiris kecil (ikut kepedasan yang diingini)
Sedikit sos cili (jika suka)
Garam secukup rasa
Kulit popia secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang besar dan juga cili padi. Tumis sehingga bawang layu.
2. Masukkan ubi kentang dan ikan yang telah dihancurkan. Masukkan juga sedikit air@secukupnya dan perahan limau.
3. Masak sehingga ubi kentang empuk@lembut dan airnya kering. Tutup api dan campurkan sedikit sos cili (jika suka).
4. Kacau sehingga sebati dan biarkan ianya agak sejuk.
5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti sardin secukupnya di atas kulit popia dan gulungkan dengan kemas. Buat sehingga kesemua inti habis.
6. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng popia sehingga masak@kekuningan. Sedia untuk dinikmati begitu saja atau bersama sos pilihan.
No comments:
Post a Comment