KEK PISANG

Saturday, July 27, 2019

KARI TELUR ...









KARI TELUR & UBI KEMILI
sumber :    Insta@resepi sedap ...




Bahan-Bahan :

8  biji  telur ayam
1/2  kilo  ubi kemili  (saya ganti dengan 2 biji ubi kentang)
5  cawan  santan  ~  boleh tambah
1  paket kecil  rempah kari daging  ~  dibancuh dengan sedikit air
3  cm  halia
2  biji  bawang merah
1  ulas  bawang putih
1  batang  kulit kayu manis  (2 cm)
1  biji  bunga cengkih
3  kuntum  bunga lawang
3  biji  buah pelaga
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Rebus semua telur sampai masak kemudian dikupas kulit dan dikelar keliling telur.  Bersihkan ubi kemili dan direbus sampai empuk/lembut kemudian siat semua kulit ubi kemili dan ketepikan dulu.  Kupas semua bawang (bawang merah, bawang putih), halia dan ditumbuk lumat.

2.  Panaskan sedikit minyak masak anggaran 6 sudu besar dalam periuk dan tumis semua rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dan kacau sekejap kemudian boleh la dimasukkan semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi.  Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuhan rempah kari ke dalam periuk.  Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering.  Biarkan sampai terbit minyak dan menjadi wangi.

3.  Masukkan santan dan biarkan kuah mendidih serta dikacau kuah.  Boleh la dimasukkan semua telur bersama ubi kemili serta garam secukup rasa.  Biarkan kari terus mendidih sambil dikacau dengan perlahan.  Bila nampak ubi telah sebati dengan kuah bolehlah ditutup api dapur.  Sedia dihidangkan.

2 comments:

  1. Sedapnya ubi kemili dibuat kari dengan telur. Lama tak makan ubi kemili, dulu siap tanam sendiri. Sekarang susah nak dapat.

    ReplyDelete
  2. Betul Fadzillah memang susah nak dapat ubi kemili sekarang ni jadi kak ganti dengan kentang jer..😊

    ReplyDelete