KEK PISANG

Saturday, July 13, 2019

ROTI JALA BUNGA TELANG ...








ROTI JALA BUNGA TELANG YANG
LEMBUT SAMPAI KE PETANG
sumber :    QaseyHoney ...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung gandum  (jika adunan cair tambah lagi 2 sudu besar)
Garam secukup rasa
1  biji  telur  (saya guna gred A)
2  sudu besar  minyak masak
2  sudu besar  bunga telang kering  ~  rendam/rebus dan jadikan 1 cawan airnya, lebihkan sedikit bunga telang jika tidak mahu menggunakan pewarna makanan.
1 1/2  cawan  air
2-3  titik  pewarna royal blue  (optional)


Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan di atas dan kacau sehingga semua sebati.
Kemudian tapis adunan tadi dan masukkan ke dalam botol muncung 3.
Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Panaskan pan non-stick dan jala secara lurus/menegak.
Biarkan roti jala sehingga bahagian bawah tidak melekat.
Tidak perlu dibalikkan.
Angkat dan gulung roti jala dengan kemas.

TIPS :    QH gulung seperti menggulung kulit popia untuk mendapatkan roti jala yang kemas dan cantik.
(Saya guna 30-40 kuntum bunga telang, kemudian direbus dengan air dijadikan 1 cawan air setelah ditapis).








SERAWA DURIAN
sumber :    cahayahidupku2569...




Bahan-Bahan :

5  ulas  durian
250  gm  santan kelapa
3  cawan  air
Gula putih secukup rasa manis  (saya campurkan dengan sedikit gula merah)
1  helai  daun pandan  ~  disimpul
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Masukkan durian, santan, air dan gula ke dalam periuk.
2.  Masakkan sehingga mendidih.
3.  Kemudian masukkan daun pandan.
4.  Sesuaikan kemanisannya kemudian letakkan secubit garam, (ini untuk rasa lemak).
5.  Sedia untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment