PUDING KARAMEL
sumber : Azie Kitchen...
hasil : 25 bekas
Bahan Puding :
1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tidak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
5-6 biji telur ~ buang mata untuk elak bau hanyir (saya guna 6 biji telur gred A)
Esen vanilla secukupnya
Bahan Gula Hangus :
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
Cara-Cara :
1. Penyediaan Gula Hangus : Goreng gula pasir sehingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
2. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam peti ais semalaman. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.
3. Penyediaan Puding : Telur di buang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil tadi yang telah diisi dengan air gula hangus.
5. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.
TIPS : (Setiap bekas seperti gambar di atas)
Gula karamel : 2 sudu besar air gula hangus
Puding : 4 sudu besar
No comments:
Post a Comment