KEK PISANG

Saturday, April 13, 2019

BINGKA ROTI DURIAN...








BINGKA ROTI DURIAN
sumber :    zulfadreamland.blogspot.com




Bahan-Bahan :

5  keping  roti Gardenia
2  biji  telur  ~  dipukul sedikit  (saya guna gred A)
1  cawan  tepung gandum
1/2  cawan  gula pasir
1/2  sudu kecil  garam
400  ml  santan
100  ml  susu segar/susu cair
1  sudu kecil  esen vanilla
4  ulas  isi durian  ~  nak lebihkan pun boleh


Cara-Cara :

Carik-carikkan roti dan rendam dalam santan.  Biarkan sekejap.
Satukan susu segar/susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
Boleh juga diblender semua bahan dan tidak perlu ditapis.
Tuangkan ke dalam adunan roti dan santan tadi dan masukkan esen vanilla, isi durian dan gula pasir.  Kacau sebati.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 8 inci/20 cm yang telah di lenser dengan sedikit minyak dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 170'C bergantung pada oven masing-masing selama 45 minit menggunakan api atas bawah.  (Boleh juga guna acuan bingka pecah 8).
Jika atas bingka dan cantik keperangan@kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja.  Bergantung pada jenis oven.  Kena perhatikan juga masa bakar.
Biarkan betul-betul sejuk baru diterbalikkan dan dipotong.
Sedia dihidangkan sebagai minuman petang.




 Durian Udang Merah, tapi tah ya atau tidak, 
kata penjual la..hehehe

No comments:

Post a Comment