TAT EPAL MINI
sumber : Majalah SAJI Mac 2014
Bahan Untuk Pastri :
170 gm marjerin atau mentega
50 gm gula kastor
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tat secukupnya
Bahan Inti :
2 biji epal hijau ~ potong dadu & gaul dengan sedikit garam
1/2 cawan gula perang
1 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
Cara-Cara :
1. Untuk Pastri : Pukul marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
2. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garpu bahagian dasarnya sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170'C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan.
3. Penyediaan Inti : Masak semua bahan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan epal lembik sedikit. Sejukkan. (saya tambahkan sedikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan bahan inti).
4. Penyediaan Tat Epal : Susun pastri/shell tat di atas dulang pembakar dan sudukan inti epal ke dalamnya. Bakar dalam ketuhar suhu 170'C selama 15 hingga 20 minit.
No comments:
Post a Comment