KEK PISANG

Wednesday, April 24, 2019

KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE ...










KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE
sumber :    MaDiHa & Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

5  keping  ikan tenggiri  ~  jika guna kepala ikan lagi sedap
5  sudu besar  serbuk rempah kari ikan  ~  jenama Alagappas atau Babas (saya guna jenama Adabi)
2  sudu besar  cili kisar/cili serbuk
2  tangkai  daun kari  ~  jangan leraikan
1  sudu kecil  halba campur
Air asam jawa, lebihkan sedikit  ~  atau  1 sudu besar  pes asam jawa Adabi
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Minyak masak


Bahan Kisar :

1  biji  bawang besar
4  ulas  bawang merah
4  ulas  bawang putih
1  sudu kecil  serbuk lada hitam


Bahan Mayang :

1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
3  tangkai  cili padi  ~  potong kecil


Bahan Rampai :

Terung  ~  belah tengah; atau Kacang bendi  (saya tak letak sebab tiada)
Cili hijau
Buah tomato  ~  belah dua


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali/periuk dan masukkan cili padi yang dipotong.  Masukkan halba campur dan bahan-bahan yang dimayang.  Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan kisar.

2.  Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari.  Jangan diceraikan daun sebab batang daun kari akan memberi aroma yang sedap pada kari.

3.  Masak sehingga hilang bau rempah.  Masukkan air jika rempah nampak kering.

4.  Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yang ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai.  Masukkan garam secukupnya.

5.  Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai.  Masak sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur.  Rasakan apa yang kurang dan bolehlah ditambah.

No comments:

Post a Comment