CREPE WITH KOREAN STRAWBERRY
sumber : Insta@myresepi
kredit : Raffie Yusoff
Bahan-Bahan :
3 biji telur (saya guna gred A)
1/2 cawan air
1/2 cawan susu segar@full cream
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega ~ dicairkan & disejukkan
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak masak ~ untuk oles kuali
1 paket KOREAN Strawberry (saya guna 1 biji mangga masak saiz besar atau secukupnya)
Non-Dairy Whipping Cream secukupnya (anggaran 1/2 cawan dipukul sehingga kental)
Gula aising ~ tabur di atas crepe jika suka
Cara-Cara :
1. Blend telur, tepung gandum, mentega cair, susu, air dan garam hingga halus.
2. Tuang sedikit minyak masak dalam kuali@non-stick pan dan tuang adunan (anggaran 1 senduk kecil), lenggangkan merata. Buat hingga habis adunan.
3. Apabila dah masak, letakkan sekeping crepe di atas pinggan dan paipkan whipped cream.
4. Letakkan strawberry/mangga di atas whipped cream dan letakkan sedikit lagi whipped cream dan balut hingga kemas.
5. Setelah siap dibalut, ayakkan gula aising di atas crepe (jika suka) atau boleh paipkan whipped cream sekali lagi di atas crepe (mengikut selera anda).
No comments:
Post a Comment