KRIM PUFF RANGUP/
CREAM PUFF CRAQUELIN
sumber : resipicitarasawan...
Bahan Craquelin :
50 gm mentega
50 gm gula perang
60 gm tepung gandum
Cara-Cara :
1. Buat yang ini dahulu. Satukan mentega dan gula perang. Gaul menggunakan spatula sehingga sebati saja, jangan dipukul.
2. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Bungkus dengan plastik wrap dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
3. Keluarkan dari peti sejuk dan canai tidak terlalu nipis atau tebal. Potong empat segi atau boleh juga diterap bulat.
4. Letakkan potongan craquelin ke atas setiap puff tadi.
5. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar di atas rak atas pada suhu 200'C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180'C dan bakar selama 15 minit lagi.
6. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu sebelum diisikan dengan krim.
Bahan Choux :
120 gm marjerin Planta
180 ml air
170 gm tepung gandum ~ ayak
4 biji telur gred A
Cara-Cara :
1. Masukkan marjerin dan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2. Perlahankan api dan masukkan tepung gandum. Kacau dengan cepat sehingga menjadi segumpal doh.
3. Angkat, biarkan doh suam atau sejuk dahulu.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga adunan likat dan boleh dipaip. (Masa ni saya masukkan sedikit pewarna...ikut suka).
5. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan di atas dulang yang dialas baking paper.
Bahan Cream Filling :
250 ml susu segar
2 biji kuning telur (saya guna gred A)
50 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil mentega
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan kecuali mentega. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sehingga meletup-letup. Tutup api dan masukkan mentega, kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam bekas, tutup (tekan permukaannya agar tidak berkerak) dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras/kental.
4. Keluarkan dan masukkan cream ke dalam piping bag. Potong puff tetapi jangan putus. Picit cream ke dalamnya.
5. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment