Tuesday, April 16, 2019
IKAN DORI MASAM MANIS...
IKAN DORI MASAM MANIS
sumber : Majalah RASA Oktober 2017
Bahan-Bahan :
1 kg ikan Dori ~ potong dadu sederhana besar
1 sudu besar tepung jagung atau secukupnya *
1 biji telur ~ pecah & kacau rata
2 sudu makan serbuk lada hitam *
Sedikit garam * ( * digaul sebati )
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Untuk Sos :
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan sos tiram
1 batang serai ~ titik
3 helai daun limau purut
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air
Bahan Hirisan :
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
3 hirisan lemon
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Sementara itu celupkan kepingan ikan dalam telur.
2. Kemudian gaulkan dengan campuran tepung jagung dan goreng hingga kekuningan.
3. Angkat dan ketepikan seketika.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan sos.
5. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
6. Masukkan daun limau purut. Kacau seketika masukkan pes cili kacau seketika.
7. Seterusnya masukkan semua jenis sos, tambah sedikit air dan kacau rata.
8. Tambah garam dan gula jika perlu bagi melengkapkan rasa diikuti dengan hirisan lemon.
9. Apabila sos pekat, tuangkannya di atas ikan yang telah digoreng tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment