POPIA JEJARI KETAM
DENGAN CHEESE
sumber : Insta@Surianti Ramli
Bahan Inti :
2 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang besar ~ potong dadu
7 batang jejari ketam ~ hiris kecil
Secubit garam
1/2 batang lobak merah ~ sagat@parut
Bahan Lain :
Cheddar cheese secukupnya ~ sagat
2 sudu besar tepung gandum + sedikit air dibancuh ~ sebagai bahan pelekat
Kulit popia saiz besar ~ anggaran 10 keping
Minyak masak secukupnya ~ untuk menggoreng
Sos pencicah pilihan
Cara-Cara :
1. Bahan Inti : Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar sehingga berbau harum dan sedikit layu. Kemudian masukkan jejari ketam, lobak merah dan garam sehingga masak dan kering. Tutup api dan sejukkan.
2. Penyediaan : Ambil sehelai kulit popia, letakkan bahan inti secukupnya kemudian letakkan sedikit cheese. Lipat kiri kanan, gulung, sapu hujungnya dengan bahan pelekat sehingga kemas. Buat sehingga siap.
Goreng sehingga kekuningan. Angkat, hidangkan dengan sos pencicah pilihan.
No comments:
Post a Comment