KEK PISANG

Sunday, March 17, 2019

KEK EPAL CRUMBLE..








KEK EPAL CRUMBLE
sumber :    buku resipi  Norhayani Mohd Nor




Bahan-Bahan :

1  biji  epal
100  gm  mentega  ~  suhu bilik
80  gm  gula halus + 2 sudu besar gula  (saya guna gula kastor)
2  biji  telur  (saya guna gred A)
100  ml  krim putar  (saya krim putar Dairy)
150  gm  tepung gandum
1  sudu kecil  serbuk penaik


Crumble :

60  gm  mentega
30  gm  tepung gandum
30  gm  gula perang
30  gm  cip coklat


Acuan berukuran :   18 x 18 cm, gris & alas dengan kertas baking


Cara-Cara :

1.  Penyediaan crumble :   Campurkan mentega, tepung dan gula perang sehingga menjadi serbuk roti.  Kemudian masukkan cip coklat.  Gaul/kacau supaya semuanya bercampur.  Ketepikan.

2.  Bersih dan kupas kulit epal.  Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm.  Gaulkan dengan 2 sudu gula.  Kemudian masak sehingga epal jadi lembut.  Atau boleh juga masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro.  Panaskan selama 3 minit.

3.  Pukul mentega sehingga menjadi bentuk krim.  Kemudian masukkan gula, pukul sehingga kembang.

4.  Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.  Selepas itu, masukkan krim putar.  Kacau sehingga sebati.

5.  Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik.  Kacau sehingga sebati.

6.  Masukkan epal bersama air yang keluar dari epal.  Kacaukan dan kemudian tuangkan ke dalam loyang.  Taburkan crumble ke atasnya.

7.  Bakar selama 35 minit dengan suhu 180'C.





No comments:

Post a Comment