KEK PISANG

Tuesday, March 12, 2019

TEMPE GORENG KICAP...








TEMPE GORENG KICAP
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

1  bungkus  tempe
10  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
5  tangkai  cili padi
2  batang  serai
3  cm  halia
3  cm  lengkuas
1  sudu besar  jus asam jawa
3  sudu besar  kicap manis
5  gm  gula melaka  ~ dihiris
Garam secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi.  Ketepikan seketika.

2.  Selepas itu hiris tempe nipis dan memanjang.

3.  Goreng tempe sehingga garing dan toskan.  (Jika suka, masukkan juga kacang tanah yang digoreng terlebih dahulu).

4.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan semua bahan-bahan yang dimayang halus tadi.  Masukkan juga gula melaka ke dalam tumisan.

5.  Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.  Akhir sekali masukkan tempe (dan juga kacang tanah, jika suka) yang telah digoreng dan gaul rata.  Masak sebentar sehingga kering dan matikan api dapur.
Hidangkan.




No comments:

Post a Comment