Sunday, March 24, 2019
SAMBAL AYAM SERAI...
RESIPI SAMBAL AYAM SERAI
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ kurang lebih 800 gm, potong kecil, cuci bersih & toskan *
1/2 sudu besar serbuk kunyit *
1 sudu kecil garam * ( * disatukan, gaul rata & perap sekejap)
3/4 cawan cili kisar
1/4 cawan sos tomato
2 batang serai ~ diketuk
1 helai daun pandan ~ disimpul
1 biji bawang holland ~ hiris kasar
1 sudu besar gula melaka
3/4 sudu besar pes asam jawa
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak
Bahan-Bahan Kisar Halus :
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
3 biji buah keras ~ hiris/ketuk
Cara Memasak :
1. Ayam digoreng sehingga masak, tidak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan. Tumis serai dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar halus dan masak sehingga harum. Tambah cili kisar, kacau dan masak sehingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
2. Masukkan pes asam jawa dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Tambahkan ayam, gaul dan tuangkan air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak sehingga sambal pekat. Perasakan dengan garam secukupnya, masukkan bawang holland yang dihiris, kacau dan masak sehingga bawang lembut. Sesuaikan rasa dan tutup api.
3. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk-pauk lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment