AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
sumber : TeratakMutiaraKasih@linapg...
Bahan-Bahan :
10 gm agar-agar serbuk (1 paket)
800 ml air
200 ml santan pekat (saya guna santan kotak jer)
3/4 cawan gula (180 gm)
Sedikit pewarna hijau epal
1 biji telur gred A
1 ketul gula batu (boleh skip jika tiada)
Sedikit garam
3 helai daun pandan ~ cuci bersih & disimpul
Cara-Cara :
1. Satukan air, agar-agar serbuk, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan gula batu ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar dan gula hancur.
2. Sementara itu satukan santan pekat dan telur ke dalam bekas dan pukul sedikit menggunakan garfu (sekadar bercampur rata sahaja). Ketepikan sebentar.
3. Apabila mendidih, masukkan campuran santan dan telur ke dalam agar-agar tadi, sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
4. Setelah mendidih, buka API BESAR dan biarkan mendidih dengan kuat sambil dikacau supaya tidak melimpah keluar. Biarkan selama 1-2 minit. Setelah kelihatan berbintil atau nampak berkelodak, tutup api.
5. Tuangkan ke dalam bekas/loyang. Biarkan sejuk sebentar kemudian simpan dalam peti ais supaya agar-agar mengeras.
6. Potong mengikut kreativiti dan agar-agar santan pandan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment