Wednesday, March 20, 2019
RENDANG CILI PADI NOGORI...
RENDANG CILI PADI NOGORI
sumber : FB/MasterChef Fazley Yaakob/Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam
1 - 1 1/2 kotak santan kotak
2-4 batang serai ~ dititik
2 sudu besar cili kering kisar (optional, untuk cantikkan warna supaya kemerahan)
1 keping asam gelugor
4 keping daun limau purut (optional), saya letak sebab guna serai 2 batang saja
1 sudu besar kerisik
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit ~ jika perlu
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-10 tangkai cili padi kampung ~ boleh tambah
4 hirisan nipis lengkuas
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya. Tumis bahan kisar, serai dan cili kering kisar sehingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
2. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam gelugor, gula dan garam secukup rasa. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masukkan daun limau purut, boleh dimasukkan ketika ini. (Saya memang suka rasa dan bau daun limau purut. Atau boleh juga masukkan daun kunyit).
3. Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment