PUDING SAGU GULA MELAKA
sumber : ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1/2 cawan sagu biji
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul
Pewarna pilihan
Bahan Santan :
2 cawan santan
2 1/2 sudu besar tepung beras
1/3 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
1 helai daun pandan ~ disimpul
Bahan Air Gula :
60 gm gula merah
100 gm gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul
Garam secukup rasa
Cara-Cara :
1. Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna pilihan. Masukkan sagu biji dan masak sambil dikacau sekali sekala sehingga sagu biji bertukar cerah kemudian tuangkan ke dalam bekas kecil-kecil atau loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya.
2. Untuk Santan : Sebatikan semua bahan dan masak sambil dikacau selalu sehingga mendidih dan pekat, tutup api dan terus kacau biar sejuk sedikit.
3. Untuk Bahan Air Gula : Masak Bahan Air Gula sehingga mendidih dan pekat.
4. Bila nak dihidang, ambil sagu dengan sudu, masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai, tuangkan santan dan tuangkan sedikit Air Gula.
NOTA : saya tunggu air mendidih dahulu baru dibilas sagu biji dengan air dan terus masukkan ke dalam periuk.
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
sumber : Naz@ovenkecil.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1 paket agar-agar serbuk (10 gm/11 gm)
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat ( saya guna 1 cawan santan kotak)
1 biji telur (saya guna gred A masukkan ke dalam santan & kocok)
Secubit garam
2 helai daun pandan ~ basuh & simpul
1-2 sudu besar sirap rose atau beberapa titis pewarna pink & perisa rose
Cara-Cara :
1. Masak 1 litre air bersama gula dan agar-agar serbuk sehingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose.
3. Masukkan juga simpulan daun pandan. Kacau dan tunggu sehingga menggelegak atas api sederhana.
PENTING !!! Bila menggelegak, biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biarkan adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan dari membuak dan melimpah dari periuk. Apabila telah kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil, bolehlah dimatikan api dapur.
4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan pilihan dengan air. Kemudian tuangkan adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.
No comments:
Post a Comment