KEK PISANG

Sunday, March 10, 2019

RESIPI BISKUT BUAH KANA...








RESIPI BISKUT BUAH KANA
sumber :    daridapur.com
kredit :    Amanda Rania Zafreen




Bahan-Bahan :

150  gm  butter  (guna pure butter untuk lagi sedap)
90  gm  gula aising
1  biji  kuning telur gred B  (saya guna gred A)
180  gm  tepung gandum
100  gm  tepung jagung
1/2  sudu teh  baking powder
Jem pilihan secukupnya  (jem buah-buahan)


Cara-Cara :

1.  Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama tepung jagung dan juga baking powder supaya sebati.  Ketepikan.

2.  Pukul butter bersama gula dan kuning telur sehingga sebati.  Tidak perlu kembang.

3.  Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli dengan tangan.  Kalau nak masukkan pewarna, masukkan pada ketika ini.  Bila dah siap rehatkan adunan biskut kana ini dalam masa 10 minit.

4.  Ambil sedikit adunan doh dan bentukkan ke dalam acuan buah kana.  Selepas dikeluarkan daripada acuan, susun biskut di atas dulang pembakar yang sudah disapu dengan lapisan nipis marjerin.

5.  Bakar pada suhu 170'C - 180'C bergantung pada jenis oven selama 20-25 minit.  Selepas dikeluarkan dari oven, sapu jem ketika biskut masih panas dan lekapkan@cantumkan bersama.  Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


INFO :    Untuk membuat dua corak, adunan dibahagi dua sama rata.  (1 adunan biarkan kosong & 1 adunan lagi warnakan dengan warna pilihan).




No comments:

Post a Comment