Monday, March 4, 2019
TERUNG MASAK MERAH...
RESEPI TERUNG MASAK MERAH
sumber : FB@Seismik Makan...
Bahan tumisan :
1 genggam cili kering ~ rebus hingga lembut & toskan
1 biji bawang merah
1 sudu besar udang kering atau ikan bilis
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 cawan air
Bahan-bahan lain :
Minyak masak
1 biji terung ungu (saiz besar), dipotong ikut citarasa
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 biji bawang merah bersaiz kecil ~ dihiris
1/4 cawan air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Daun bawang, hiris (hiasan)
Cara Memasak :
1. Kisarkan cili kering, bawang merah, udang kering/ikan bilis, halia, bawang putih dan air sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan terung sehingga separuh masak dan berwarna keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, masukkan bahan tumis yang dikisar tadi, sos tomato, sos cili, bawang merah hiris, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Gorengkan seketika sehingga naik bau dan cili betul-betul masak.
4. Masukkan terung yang digoreng tadi dan renehkan masakan selama 5-10 minit sehingga terung sudah lembut.
5. Terung Masak Merah siap untuk dihidangkan bersama taburan hirisan daun bawang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment