KEK PISANG

Monday, March 4, 2019

BINGKA/KUIH BAKAR KELEDEK OREN...







BINGKA KELEDEK OREN
sumber :    yatiememories...




Bahan-Bahan :

2  biji  telur  (saya guna gred A)
1 1/2  cawan  santan
1  cawan  tepung gandum
1/2  cawan  gula
Secubit garam
1  sudu kecil  esen vanilla
1  sudu besar  butter
1  cawan  keledek oren yang telah direbus
Sedikit pewarna oren


Acuan/loyang :    8 inci
Acuan pecah 8  :    dapat 3 biji


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, lenser loyang/acuan dengan mentega/minyak.  Ketepikan.

2.  Satukan bahan-bahan di atas kecuali keledek lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk sehingga semua bersatu.  Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau sehingga rata.

3.  Tuangkan ke dalam loyang/acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.  Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.  (Kalau nak permukaannya berkerak, tambahkan masa pembakaran).

4.  Keluarkan dari oven setelah kuih masak.  Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dikeluarkan dari loyang/acuan.  Pastikan ianya betul-betul sejuk bolehlah dipotong.


NOTA :    Saya guna acuan bahulu pecah 8.  Sapukan minyak masak di sekeliling acuan, panaskan di atas api dapur guna api sederhana.  Tuangkan adunan sehingga bunyi berdesir, biarkan dalam 3 minit.  Selepas itu masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar kuih selama 1 jam atau sehingga tepinya garing seperti yang diinginkan.





Terlebih masa bakar tapi mujur tidak hangus.  Walaupun terlebih bakar tetap sedap dan lembut.
Kesilapannya ... lalai/alpa, hehe...


No comments:

Post a Comment