KEK PISANG

Tuesday, March 12, 2019

PUFF TUNA MAYONES...


   





PUFF TUNA MAYONES
 sumber :    Majalah RASA Disember 2016...




Bahan-Bahan :

Puff pastry segera secukupnya  (jenama KAWAN)
Kuning telur secukupnya  ~  untuk disapu atas puff


Bahan-Bahan Inti :

150  gm  isi tuna dalam tin  ~  toskan
2  sudu makan  mayones
1  labu  bawang besar  ~  potong dadu
2  biji  cili merah  ~  buang biji & cincang/hiris
Daun bawang secukupnya  ~  cincang
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Keluarkan puff pastry segera dari peti sejuk dan biarkan ia pada suhu bilik.  Ketepikan.

2.  Campurkan kesemua bahan inti dan gaul rata.

3.  Terap puff pastry mengikut citarasa dan isi sesudu inti ke dalamnya.  Tutup puff dan rapikan tepinya.  Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung.  Sapu sedikit kuning telur ke atas puff.

4.  Bakar pada suhu 170'C selama 10-12 minit atau hingga puff keperang-perangan.

5.  Keluarkan dari oven dan sedia dinikmati.



 Versi Karipap menggunakan roti dan inti sama (inti tuna)...


No comments:

Post a Comment