KEK PISANG

Tuesday, March 26, 2019

FRUIT TART SEDAP.!!!







FRUIT TART SEDAP.!!!
sumber :    dapurkaknoor.blogspot.com




Bahan Kulit Tart :

170  gm  marjerin atau butter
50  gm  gula aising
1  biji  telur gred C
290  gm  tepung gandum
1  sudu kecil  esen vanilla

Acuan tart secukupnya


Cara-Cara :

Pukul marjerin dan gula aising dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.  
Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla.  Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh ke dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.  Cucuk dengan garfu pada bahagian dasar sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga masak.  
Crust atau shell ini boleh disediakan awal.  Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.
Tunggu Crust atau Shell benar-benar sejuk sebelum diletakkan filling.


Resipi Filling Kastad :

1  cawan  tepung kastad
2  cawan  susu cair
2  cawan  air
3/4  cawan  gula  (boleh kurangkan ke 1/2 cawan)
1  sudu besar  marjerin/mentega

Cara-Cara :

1.  Masukkan semua bahan kecuali marjerin/mentega ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sehingga pekat.

2.  Masukkan marjerin/mentega.  Matikan api dan kacau sehingga marjerin/mentega cair sepenuhnya.

3.  Masukkan ke dalam piping bag.


Buah-Buahan :

Mengikut selera sendiri  ~  (anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi dll. ~ potong mengikut citarasa masing-masing)

***  Sebaiknya potong buah-buahan dahulu sebelum mengadun krim kastad kerana kastad cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan di atasnya.
***   Coklat masakan secukupnya yang dicairkan menggunakan kaedah double boiler .... optional.


Cara Untuk Menghias :

1.  Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu pada Crust/Shell...ketepikan seketika.

2.  Picitkan adunan kastad ke dalam tart crust/shell.

3.  Susunkan dengan buah-buahan pilihan.

4.  Glis buah-buahan dengan piping jelly ~ supaya nampak berkilat.


NOTA :

1.  Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu).  Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking/keemasan lagi.

2.  Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozzle berbentuk bintang.

3.  ** Ana pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali ini guna susu cair ikut resipi di atas....Alhamdulillah sedap.

4.  Tujuan menyapu coklat cair di dalam crust/shell adalah supaya crust/shell tahan lama dan tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastad.

NOTA :   1/2 adunan krim kastad cukup untuk 50 biji tart.




Saya hias dengan fruit cocktail yang ditoskan memandangkan tiada buah-buahan segar dalam simpanan tetapi tetap sedap.!!!


No comments:

Post a Comment