KULAT SISIR/CENDAWAN KUKUR
KULAT SISIR/CENDAWAN KUKUR
MASAK LEMAK CILI PADI
sumber : resipicitarasawan...
Bahan-Bahan :
2 cawan kulat sisir/cendawan kukur
2 batang serai ~ titik
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi
2 sudu besar ikan bilis
3 cawan santan sederhana pekat
Garam & serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak :
1. Jika menggunakan kulat yang masih basah, keringkan dahulu di bawah terik matahari sehingga kering untuk mengelakkan ia hancur ketika dimasak.
2. Kemudian dicuci dan buang bahagian pangkal yang keras dan sisa kulit kayu. Rendam dan bilas sehingga bersih.
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit sehingga lumat. Masukkan ikan bilis dan cili padi dan tumbuk kasar.
4. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama serai, santan dan kulat. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih, sambil dikacau perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment