Tuesday, March 12, 2019
IKAN GORENG BERLADO HIJAU...
IKAN GORENG BERLADO HIJAU
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
5 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
2 ekor ikan kembung ~ lumur garam kunyit & goreng (saya guna ikan selar 5 ekor)
1 biji tomato ~ belah 4
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar :
3-4 batang cili hijau
4 tangkai cili padi
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan pula bahan kisar. Kacau rata sehingga ianya pecah minyak.
3. Masukkan garam secukup rasa, buah tomato dan ikan yang telah digoreng.
4. Kacau rata. Sesuaikan rasa dan sedia untuk diangkat.
5. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment