UBI GORENG RANGUP
sumber : Majalah RASA September 2018...
Bahan-Bahan :
300 gm ubi keledek ~ kupas kulit & dipotong kecil memanjang
500 gm tepung beras
2 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit@secukupnya
Air sejuk dari peti ais secukupnya
Garam secukupnya
Air kapur makan secukupnya ~ anggaran 1 sudu makan
Cara-Cara :
1. Satukan tepung beras, telur, serbuk kunyit dan garam. Adun sebati.
2. Kemudian masukkan air sejuk serta air kapur. Jumlah air kapur jangan terlalu banyak nanti tepung jadi merah dan berbuih bila digoreng.
3. Adun bancuhan tepung sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4. Masukkan hirisan ubi keledek dan gaul rata.
5. Panaskan minyak masak dalam jumlah yang banyak dan goreng ubi sehingga garing.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment