RESEPI TEPUNG PELITA
sumber : FB@Aneka Resepi Masakan
hasil : 15 bekas kecil
Bahan Bahagian Bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan ~ dikisar dengan sedikit air & ditapis ambil jusnya
1 sudu kecil air kapur (jangan terlebih nanti kuih pahit)
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara-Cara :
Campurkan semua bahan dan tapis. Masak atas api sederhana. Sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah agak-agak nak pekat, perlahankan api dan kacau sehingga nampak berkilat dan keluar gelembung besar meletup-letup. Tutup api dan tuangkan ke dalam acuan.
TIPS : Apabila adunan dah mula pekat, perlahankan api untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Sebab bila dah berketul-ketul, tak boleh dah nak bagi licin semula dan kuih tepung pelita nanti jadi tidak cantik dan tidak licin permukaannya.
Bahan Bahagian Atas :
4 sudu besar tepung beras
4 cawan santan (santan kotak KARA yang kecil & jadikan 4 cawan)
2 sudu kecil garam halus
Cara-Cara :
Campurkan semua bahan dan tapis. Masak atas api sederhana dan sentiasa dikacau agar tidak berketul. Sambil itu letakkan 1/2 sudu kecil gula di atas lapisan hijau tadi. Apabila adunan sudah pekat dan ada gelembung meletup-letup, tutup api. Dan tuangkan ke atas lapisan hijau yang telah diletakkan gula tadi. Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.
TIPS : Gula yang diletakkan di atas lapisan hijau akan cair dengan sendiri. Jadi bila dimakan, akan rasa air gula seperti kuih tepung pelita yang selalu dijual di gerai. Kalau suka banyak air gulanya, letakkan 1 sudu kecil gula. Tetapi jangan banyak sangat.
No comments:
Post a Comment