Saturday, March 2, 2019
KARI AYAM...
KARI AYAM SEDAP
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
12 ketul ayam
2 biji ubi kentang ~ potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar ~ hiris
6 ulas bawang putih ~ hiris
3 inci halia ~ hiris
1 keping asam gelugor
1 pek santan kotak (200 ml)
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari BABAS ~ extra chillies
Kayu manis, bunga lawang & buah pelaga (ikut anggaran)
1 pelepah daun kari
1 biji tomato ~ belah 4 (saya tambah)
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis rempah penumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) bersama bawang putih, bawang besar dan halia sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan sedikit air supaya rempah cair. Teruskan masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan ubi kentang.
3. Selepas itu masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan pula santan. Teruskan masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan tomato, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas secukupnya dan masak lagi. (Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan Roti Jala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
slm sis, memang nampak sedap kari ayam tu.. kalau dapat cicah dengan roti jala atau lempeng lagi marvelous!
ReplyDeleteBetul Cik Matahari..😀
ReplyDelete