RESEPI POPIA PISANG
COKLAT CHEESE
sumber : aimzfi.blogspot.com
Bahan-Bahan :
Kulit popiah secukupnya
Pisang berangan secukupnya ~ potong kecil atau belah dua
Chocolate chips secukupnya
Gula pasir secukupnya
Larutan tepung gandum + sedikit air, sebagai gam@pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
Parutan cheddar cheese secukupnya
Bahan Sos Susu Pekat :
2 sudu makan susu pekat
3 sudu makan air
1 sudu makan butter
Cara-Cara :
1. Bentangkan sehelai kulit popiah di atas pinggan.
2. Letakkan pisang, taburkan sedikit gula dan chocolate chip.
3. Gulung dan sapu gam/pelekat tepung gandum di hujung kulit popiah.
4. Kemaskan balutan. Buat sehingga habis.
5. Panaskan minyak. Goreng sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan.
7. Untuk Sos Susu Pekat : Satukan susu pekat, air dan butter dalam kuali.
8. Panaskan sehingga butter larut. Tutup api.
9. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi, gaul sehingga semua sebati.
10. Angkat, letakkan dalam pinggan dan taburkan parutan cheddar cheese.
11. Sedia dihidangkan.!!!
No comments:
Post a Comment