KUIH DADAR KASTAD DURIAN@
KUIH KETAYAP
sumber : Ilham Dapur.blogspot.com
Bahan Inti Kastad :
240 ml susu segar
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula kastor atau secukup rasa
1/2 cawan isi durian segar
Secubit garam
Cara-Cara :
Sebatikan kesemua bahan kecuali isi durian, masak sekejap sambil dikacau selalu biar pekat macam susu pekat manis kemudian masukkan isi durian dan kacau selalu menggunakan api kecil dan masak sehingga pekat, tutup api dan teruskan kacau sehingga berkilat. Sejukkan sepenuhnya.
Bahan Kulit : (saya guna kuali/pan saiz 8 inci)
240 ml susu segar
125 ml air
120 gm tepung serbaguna
1 biji telur (saya guna gred A)
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau/pes pandan
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar, kisar sebati.
2. Panaskan kuali non-stick, sapu sedikit mentega jika perlu sebelum masukkan adunan dan guna api kecil.
3. Tuangkan 1 senduk kecil, pegang tangkai kuali dan pusingkan kuali biar menjadi bentuk bulat yang nipis, masak sekejap dalam 1 minit, angkat dan buat sampai habis. (atau boleh buat corak ikut citarasa).
4. Ambil sekeping kulit kuih dadar, isikan inti secukupnya dan gulung kemas. Buat sehingga siap.
No comments:
Post a Comment