PANCAKE MAYONIS
sumber : Teratak Mutiara Kasih...
Bahan-Bahan :
3 sudu besar butter ~ cairkan & sejukkan
1 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu segar atau susu cair
1 sudu besar mayonis
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan ke dalam blender/pengisar, kisar sebati.
2. Biarkan adunan selama 10 minit.
3. Tuang sesenduk adunan dalam kuali non-stick yang telah panas.
4. Terbalikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih/berlubang dan tunggu sehingga permukaan tidak cair atau sudah mengering baru terbalikkan.
TIPS : guna api kecil supaya pancake masak sempurna dan tidak cepat hangus.
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
6. Hidangkan panas bersama madu, jem atau ikut kesukaan sendiri.
No comments:
Post a Comment